Kem Kepimpinan dan Motivasi Kecemerlangan Super Caliph
Bismillahirrahmanirrahim~
Pada tanggal 10-12 Februari yang lalu, wakil daripada STUFF IIUM telah berjaya melaksanakan Kem Kepimpinan dan Motivasi Kecemerlangan Super Caliph yang bertempat di SK Parit Melana, yang bertempat di Melaka.
Program sekolah ini merupakan program sekolah pertama untuk STUFF dalam Semestar 2, 2016/2017 ini. Walaupun baru sahaja di permulaan semester, semangat para fasilitator untuk bertemu dengan adik2 SK Parit Melana sangat berkobar.
Kem ini bertujuan untuk melatih skill kepimpinan peserta dan melatih mereka untuk menjadi seorang ketua yang berwawasan serta mempunyai sikap dan personaliti yang dapat memberi contoh kepada pelajar-pelajar yang lain.
Sepanjang kem ini, pelajar dididik dengan penerapan gaya kepimpinan menggunakan contoh pemimpin terhebat dalam sirah, Nabi Muhammad S.A.W serta tokoh2 lain yang menunjukkan ciri2 kepimpinan yang patut dicontohi, seperti Sultan Muhammad Al-Fateh.
Selain itu, pelbagai modul turut dijalankan bagi melatih para pelajar tentang ciri2 seorang pemimpin cemerlang seperti pengurusan masa yang efisien, menggunakan strategi yang berkesan untuk menyelesaikan sesuatu masalah, bagaimana untuk bekerja dalam sesebuah kumpulan dengan kerjasama yang erat dan pengukuhan jati diri yang teguh sebagai bakal pemimpin pada masa akan datang.
Pada hari terakhir kem, sebuah majlis khas diadakan bersama dengan ibu bapa pelajar Tahun 6 untuk menaikkan lagi semangat mereka dalam sesi pembelajaran di sekolah.
Sebelum majlis penutup berlangsung, pihak sekolah mengkhususkan sebuah slot untuk sesi Akur Janji bagi Pelajar Tahun 6 bersama penyerahan sijil kepada para pelajar.
Barisan fasilitator yang hebat
Akak2 fasi bersama adik2
khusyuk masing2 dengar penerangan
Terima kasih untuk segalanya! Adik2 yang terbaik!
Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
In sha Allah kita berjumpa lagi.
Semoga terus kekal hebat adik2 SK Parit Melana, sebab adik2 adalah bakal tulang belakang negara pada masa akan datang, yang bakal menerajui tampuk pimpinan negara supaya terus kekal megah berdiri di mata dunia.
-Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Berbuah-
Ulasan
Catat Ulasan