Kem Motivasi Pelajar SMPKP 2017 "Menggapai Impian"
Pada tarikh 15 September hingga 17 September 2017, kelab STUFF dengan kerjasama pihak sekolah Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan, Pulau Pinang, telah menganjurkan sebuah kem motivasi pelajar bersama pelajar2 yang terpilih daripada sekolah tersebut.
Kem ini merupakan sebuah pengalaman baru buat kelab STUFF sendiri, kerana ini merupakan kali pertama kami berprogram bersama adik2 pendidikan khas. Peserta yang terlibat dalam program ini merupakan mereka yang mempunyai masalah seperti bisu dan pekak.
Sepanjang program berlangsung, chief facilitator, bro Nash, memberikan arahan dengan bantuan salah seorang pelajar di situ yang mana mereka akan menerangkan kembali menggunakan sign language supaya dapat difahami oleh rakan-rakan yang lain.
"Mereka sambut kami macam VVIP, jejak je kaki nampak muka mereka, air mata aku jatuh, then when we started with ice breaking, again my tears burst, bukan tangis kasihan, tapi tangisan kagum sebab mereka more civil than us (perfect civilian). responsive, punctual, creative, loyal, friendly, kind, and so sweet, (banyak lagi kalau nak share).
Aku pergi dengan niat nak tenangkan diri dan mencari diri semula, memang Allah tunaikan, Allah hadirkan mereka untuk tegur aku, mereka tak punya kudrat nak berkata sesempurna kita, pendengaran mereka perlu dibantu dengan bantuan sign language untuk mendengar, TAPI, aku yang dikurnia nikmat berkata-kata dan mendengar dengan baik, selalu keluarkan kata-kata tak baik, dan selalu mempersila mendengar nista dan perkataan yg tidak baik.
Impian mereka banyak, impian mereka tinggi, jangan pernah perkecilkan mereka, walaupun kami niat untuk mengajar dan membimbing mereka, tapi sebaliknya yang aku rasa, kami patut berterima kasih kerana kami banyak belajar dari mereka.-LAS,2017-"

Jutaan terima kasih kerana sudi menerima kehadiran kami ke sekolah, dan kerana sudi memberi kepercayaan kepada barisan fasilitator daripada STUFF untuk mengendalikan program ini bersama adik2 yang cukup istimewa ini.
Setiap satu hari baru yg kita mulakan, membawa seribu satu pengajaran yg kita tak akan mampu kutip di hari2 yg lain. Bahawa bersama dengan adik2 ini, kami belajar untuk lebih menghargai, untuk lebih merendah diri, untuk lebih tahu, bahawa segala nikmat yang Tuhan kurniakan selama ini hanya lah sia2 jika kita tidak menggunakannya ke jalan yang betul.
Bahawa adik2 ini hanyalah remaja biasa, yg punya impian serta cita2 mereka, walaupun pada pandangan sesetenagh orang, tertanya, mampukah mereka menggapai impian dan cita2 mereka itu.
Kini "Standing in the eyes of the world,
Hanyalah selangkah dari nyata,
Keazaman membara di jiwa,
Menanti saat bebas merdeka,
Tiba masa kau melangkah gagah,
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul,
Wajar "Standing in the eyes of the world".
"Mereka sambut kami macam VVIP, jejak je kaki nampak muka mereka, air mata aku jatuh, then when we started with ice breaking, again my tears burst, bukan tangis kasihan, tapi tangisan kagum sebab mereka more civil than us (perfect civilian). responsive, punctual, creative, loyal, friendly, kind, and so sweet, (banyak lagi kalau nak share).
Aku pergi dengan niat nak tenangkan diri dan mencari diri semula, memang Allah tunaikan, Allah hadirkan mereka untuk tegur aku, mereka tak punya kudrat nak berkata sesempurna kita, pendengaran mereka perlu dibantu dengan bantuan sign language untuk mendengar, TAPI, aku yang dikurnia nikmat berkata-kata dan mendengar dengan baik, selalu keluarkan kata-kata tak baik, dan selalu mempersila mendengar nista dan perkataan yg tidak baik.
Impian mereka banyak, impian mereka tinggi, jangan pernah perkecilkan mereka, walaupun kami niat untuk mengajar dan membimbing mereka, tapi sebaliknya yang aku rasa, kami patut berterima kasih kerana kami banyak belajar dari mereka.-LAS,2017-"
-ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON TIDAK BERBUAH-
Ulasan
Catat Ulasan