Program Kepimpinan Asrama SMA Al-Falah, Perak
Pada tarikh 31 Mac, sehingga 2 April, kelab STUFF telah
menghantar beberapa orang ahli bagi menjayakan program kepimpinan asrama di SMA
Al-Falah yang bertempat di Perak. Program ini bertujuan untuk melatih semangat
kepimpinan dalam diri seorang pelajar, tips-tips yang diperlukan untuk menjadi
seorang pemimpin yang cemerlang dan juga penerapan nila-nilai Islamik dalam
aspek kepimpinan itu.
Modul-modul yang dijalankan sepanjang program amat
menitikberatkan aspek kepimpinan, tambahan pula peserta daripada SMA Al-Falah yang
mengikuti program ini merupakan antara barisan pelajar yang menjadi tunggak
pimpinan di sekolah tersebut.
Peserta juga turut memberikan kerjasama yang baik dan
respons yang memberansangkan dalam setiapa aktiviti, dan program dapat berjalan
dengan lancar tanpa sebarang masalah serius yang timbul dan menganggu
kelancaran program.
Aspek kepimpinan amat penting lebih2 lagi peserta merupakan
pelajar sekolah menengah, ciri2 seorang pemimpin yang cemerlang perlu dipupuk
dalam diri mereka kerana suatu hari nanti, mereka lah golongan yang akan
menggantikan pucuk pimpinan negara sekrang dan mencorak masa depan agama,
bangsa dan negara.
sesi briefing oleh fasi
boleh ke tak buat tu?
bersungguh abang fasi nak membantu
peserta khusyuk melaksanakan modul
barisan fasilitator bersama adik2 Program Kepimpinan Asrama SMA Al-Falah
barisan fasilitator Program Kepimpinan Asrama SMA Al-Falah
"Ibn Umar r.a berkata: Saya telah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepimpinannya. Seorang kepala negara akan diminta pertanggungjawaban perihal rakyat yang dipimpinnya. Seorang suami akan ditanya perihal keluarga yang dipimpinnya. Seorang isteri yang memelihara rumah tangga suaminya akan ditanya perihal tanggungjawab dan tugasnya. Bahkan seorang pembantu/pekerja rumah tangga yang bertugas memelihara barang milik majikannya juga akan ditanya dari hal yang dipimpinnya. Dan kamu sekalian pemimpin akan ditanya (diminta pertanggungjawaban) dari hal yang dipimpinnya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
-ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON TIDAK BERBUAH-
Ulasan
Catat Ulasan