STUFF VIRTUAL MASS GATHERING SEMESTER 2 2020/2021

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,



    Pada tanggal 13 Mac 2021, telah berlangsungnya sebuah program atau acara tahunan iaitu STUFF Mass Gathering yang dianjurkan oleh Kelab Students Facilitating Front (STUFF), IIUM. Program ini diadakan pada setiap tahun yang bertujuan untuk memperkenalkan Kelab STUFF kepada ahli-ahli baharu serta bertujuan untuk merapatkan ukhwah antara semua ahli STUFF dan ahli-ahli biro. Sejajar dengan kehidupan kita pada musim pandemik ini, Mass Gathering pada tahun ini terpaksa diadakan secara atas talian. Walaupun jarak dan masa memisahkan kita, namun ianya bukanlah penghalang untuk program ini dijalankan dengan jayanya. Program pada kali ini telah dihadiri oleh ahli STUFF serta barisan Kepimpinan STUFF 2020/2021, tidak terkecuali ahli-ahli lama jug turut serta. Mass Gathering pada tahun ini bertemakan animasi HAIKYUU! Dimana semua peserta perlu berkumpul di gelanggang bola tampar Sekolah Menengah Karasuno (ZOOM Meeting). Bagi menepati tema, setiap biro diberikan watak atau kumpulan bola tampar. Misalnya, biro Mass Module dinamakan sebagai kumpulan Shiratorizawa. Memandangkan perhimpunan pada kali ini tidak dapat diserikan dengan pakaian-pakaian yang mengikut tema, pihak penganjur telah menyediakan “virtual background” untuk setiap biro.


    Sebagaimana yang kita sedia maklum, tidak lengkaplah STUFF Mass Gathering jika tidak diisi dengan permainan yang mencabar minda dan keimanan para peserta. Justeru itu, pihak komiti telah menyediakan dua jenis permainan yang dinamakan “STUFF HUNTS!” dan “STUFF GO!”. Bagi memastikan objektif program ini tercapai, semua peserta telah dibahagikan mengikut biro masing-masing agar mereka dapat bekerjasama dalam masa yang sama mengenali ahli biro dengan lebih rapat semasa permainan berlangsung. Dimulakan dengan permainan yang pertama iaitu “STUFF HUNTS!”, para peserta dikehendaki untuk menyelasaikan beberapa teka-teki, lalu mereka perlu berswafoto bersama benda atau jawapan yang diperolehi daripada teka-teki tersebut. Langkah seterusnya adalah mereka perlu memuatnaik gambar tersebut ke dalam Padlet. Setiap biro hanya dibenarkan untuk memuatnaik sekeping foto (jawapan) sahaja bagi setiap. Sekiranya, terdapat dua peserta yang memuatnaik gambar yang sama, markah mereka akan ditolak. Permainan ini secara tidak langsung dapat melatih para pemain untuk sentiasa mematuhi arahan yang diberikan serta mereka juga perlu memberikan perhatian terhadap perkembangan kedudukan biro mereka.

 


    Permainan berikutnya adalah “STUFFGO!” untuk permainan kali ini para peserta perlu mengisi 25 daripada 32 perkataan yang telah diberikan, ke dalam kotak BINGO mengikut kreativiti masing-masing. Bagi mengelakkan terjadinya sebarang masalah teknikal, hanya ketua dan penolong ketua biro sahaja yang dibenarkan untuk mengakses dan mengisi kotak BINGO di Google Slides. Walaubagaimanapun, setiap pemain masih boleh berbincang kerana mereka telah dimasukkan ke dalam “Breakout Rooms” mengikut biro masing-masing. Langkah seterusnya, pemain akan menandakan perkataan yang terdapat di dalam kotak bingo mereka sekiranya perkataan itu di “Picker Wheel”. Kumpulan pertama yang memperoleh BINGO akan dikira sebagai pemenang. Permainan ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim malah dapat meningkatkan kemahiran kognitif setiap pemain. 






    Saya Nurul Hussna selaku Pengurus Program, ingin mengucapkan jutaan terima kasih terutamanya kepada barisan komiti yang terlibat bagi menjayakan STUFF Massgathering 20/21. Tidak dilupakan juga, terima kasih kepada pihak Barisan Kepimpinan STUFF 20/21 dan semua ahli-ahli STUFF yang hadir. Sejujurnya, saya berasa sedikit sedih lah kerana kita semua tak dapat berkumpul secara fizikal namun dengan izin dan kehendakNya kita masih dapat berkumpul di alam maya dan masih dapat merasai keseronokan YANG MAKSIMA. Akhirukalam, saya berharap semoga jalinan persahabatan (kekeluargaan) yang terjalin ini kekal hingga ke Jannah. WE ARE FAMILY!!! STUFF IS FAMILY <3 #STAYSAFE #STAYSANE


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEM JATI DIRI: MEMBENTUK SAHSIAH DAN MINDA POSITIF SK SERI MACHAP

KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020

PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA