STUFF VIRTUAL EXHIBITION SEMESTER 2, 2020/2021

    Virtual Club and Societies Exhibition merupakan satu inisiatif yang dilakukan oleh Student Affairs and Development (STADD) UIAM sebagai platform bagi pelajar pengambilan baru untuk mendaftar ke kelab yang mereka minati secara online. Ia juga membantu pertubuhan-pertubuhan atau kelab-kelab di bawah STADD UIAM untuk merekrut ahli baru bukan sahaja daripada kalangan pelajar baru, tetapi juga dari para pelajar UIAM yang lain. Terdapat pameran dari Kulliyyah Based Societies (KBS) yang memenuhi keperluan pelajar dari kulliyyah masing-masing, badan beruniform, kelab sukan dan banyak pertubuhan pelajar yang merangkumi kemudahan, bahasa, seni, budaya dan banyak lagi.


    
    STUFF berjaya melangsungkan virtual exhibition (pameran maya) buat kali pertamanya pada 16 Februari 2021 melalui Google Meet. Persiapan untuk pameran ini memakan masa sekitar dua minggu dengan hanya 4 komiti yang terdiri daripada barisan jawatankuasa STUFF, untuk mengendalikan pameran ini. Oleh kerana ia diadakan pada Taaruf Week (iaitu semasa cuti semester), para komiti mengorbankan cuti mereka dan bertungkus-lumus membuat persiapan untuk pameran maya ini. Beberapa hari sebelum pameran berlangsung, virtual exhibition ini telah dipromosikan di media sosial STUFF melalui Instagram story. Virtual background (layar belakang maya) juga disediakan untuk para komiti dan barisan jawatankuasa STUFF yang turut serta. Tidak ketinggalan, kami juga telah menyediakan slide dan juga video tentang program-program STUFF yang lalu bagi membuat pameran maya ini lebih menarik.


     Terdapat dua sesi dalam satu hari iaitu pada waktu pagi dan malam. Kami amat bersyukur kerana dalam kedua-dua sesi tersebut, lebih daripada 30 pelajar yang menyertai dan menyaksikan pameran kami. Terdapat juga ahli-ahli STUFF yang lain dan beberapa bekas barisan jawatankuasa STUFF yang hadir untuk menyokong dan membantu menjadikan suasana lebih meriah dan menarik walaupun hanya dalam talian.


  


Sesi pagi



Sesi malam


    Kami membentangkan kepada para pelajar mengenai latar belakang STUFF, visi dan misi, pengiktirafan, program-program lalu, dan program-program STUFF yang akan datang untuk semester ini. Video yang ditayangkan tentang program-program STUFF yang lalu membantu para pelajar untuk memahami sifat STUFF dan memberi mereka inti mengenai bagaimana program kami berjalan sebelum wabak COVID-19 bermula. 


    Untuk kedua-dua sesi, terdapat sesi soal jawab di mana para pelajar boleh bertanya apa sahaja yang mereka ingin tahu mengenai STUFF. Kami menerima banyak soalan daripada pelajar pengambilan baru tentang biro-biro di bawah STUFF, starpoints, program-program yang akan datang dan sebagainya.


    Alhamdulillah, walaupun diuji dengan sedikit masalah teknikal, semuanya dapat berjalan dengan lancar dan kami telah berjaya mencapai objektif pameran ini. Terima kasih kepada semua komiti, barisan jawatankuasa STUFF dan ahli-ahli STUFF yang turut serta dan menunjukkan sokongan anda. 


    Kepada ahli-ahli baru, selamat datang ke keluarga STUFF! Sila nantikan program-program yang akan dianjurkan pada masa hadapan. Kami berharap ahli-ahli baru akan sentiasa menyokong dan membantu kelab ini menjadi semakin progresif serta mengekalkan matlamat STUFF. Semoga kita semua dapat berjumpa secara fizikal selepas wabak ini berakhir. Amin.


-Si Lebah.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEM JATI DIRI: MEMBENTUK SAHSIAH DAN MINDA POSITIF SK SERI MACHAP

KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020

PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA