Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2020

PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA

Imej
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum , Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang, Pada tanggal 6 Mac (Jumaat) hingga 7 Mac 2020 (Sabtu) ,kelab Student Facilitating Front (STUFF) telah melaksanakan Program Tunas Pemimpin dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling pihak sekolah bagi tahun 2020 yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sri Damansara. Program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam dan telah dihadiri sebanyak 18 orang fasilitator dari biro Discipline, Commitment and Welfare , 118 orang pelajar, dan semua cikgu yang terlibat. Pelajar yang terlibat merupakan pelajar yang berjawatan di sekolah dan terpilih untuk menyertai program ini. Objektif utama program ini adalah: • Untuk meningkatkan kepimpinan pelajar dari segi kualiti dan progresif dan serta dapat menghasilkan pelajar yang berdisiplin di sekolah. • Untuk mengukuhkan integrasi pemimpin pelajar menerusi program dan aktiviti kepimpinan. • Untuk melahirkan pemimpin yang yak

STUFF MASS GATHERING SEMESTER 2, 2019/2020

Imej
Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum w.b.t. Emcees Massgath  Expecto Patronum!!! Obliviate!!! Avada Kedavra!!! Posting kalini akan menceritakan tentang STUFF Mass Gathering (wahh apetu??!!!) . Mass Gathering merupakan program wajib kelab ini bagi setiap semester, yang biasanya dijalankan selepas sesi merekrut ahli baru. Haa untuk Semester 2 2019/2020 ni, Mass Gathering telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Februari 2020, bertemakan siri ahli sihir popular, Harry Potter. Bertempat di Hogwarts ( Engine Colosseum sebenarnya ), perhimpunan besar-besaran ini dihadiri oleh ramai ahli STUFF yang kesemuanya terdiri daripada ahli baru, ahli lama, barisan jawatankuasa STUFF dan tidak ketinggalan kakak-kakak dan abang-abang alumni yang terchenta. Untuk menepati tema gitteww maka keenam-enam biro dalam STUFF telah diberi watak dan warna tersendiri untuk menyerikan lagi perhimpunan ahli sihir ini. Contohnya, ahli biro DnW (Development and Welfare tau bukannya dakwah) kena

STUFF UKHUWAH AND INDUCTION TRAINING (SUIT) SEM 2, 19/20

Imej
Assalamualaikum wbt. Pada tarikh 29 Februari 2020 yang lepas, kelab STUFF IIUM telah menganjurkan sebuah program wajib bagi setiap semester iaitu STUFF Ukhuwah and Induction Training atau juga dikenali sebagai STUFF SUIT. Program ini telah berlangsung selama 4 jam bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari di kawasan Kulliyah of Engineering dan sekitarnya. Program ini telah dikendalikan oleh 25 orang komiti dan juga pihak atasan kelab itu sendiri. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan latar belakang serta informasi kelab STUFF kepada pelajar-pelajar yang telah mendaftarkan diri ke dalam kelab itu pada awal semester ini. Selain itu, program ini juga diadakan bertujuan untuk membina ikatan antara ahli yang baru menyertai kelab itu dengan ahli yang sedia ada. Program ini telah berjaya mendapat sambutan daripada ahli baru dan dapat menarik minat mereka untuk bergiat lebih aktif di dalam kelab STUFF. Tema bagi STUFF SUIT pada kali ini ialah Avengers

BOOTH STUFF SEM 2 19/20

Imej
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Assalamu’alaikum wbt.           STUFF merupakan sebuah kelab yang amat menitikberatkan tentang pembangunan jati diri anak-anak muda dari segi akademik mahupun sahsiah. Pada setiap semester, STUFF akan mengadakan satu program tahunan iaitu pembukaan booth STUFF bagi memperkenalkan kepada pelajar-pelajar UIAM tentang aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang semester. Objektif pembukaan booth STUFF adalah untuk menarik lebih ramai pelajar untuk menyertai kelab STUFF dan juga memudahkan pendaftaran semula ahli-ahli STUFF yang lain. Program ini juga berlangusng selama 3 hari bermula pada 25 hingga 27 Februari 2020. Booth ini ditempatkan di ITD Foyer berdekatan masjid. Tema yang telah dipilih pada kali ini adalah ‘One Piece’. Booth STUFF           Sepanjang program ini berlangsung, para komiti telah menajalankan tugas dengan baik dan penuh amanah. Hubungan sesama mereka juga sangat akrab kerana mereka telah

KEM JATI DIRI: MEMBENTUK SAHSIAH DAN MINDA POSITIF SK SERI MACHAP

Imej
Objektif: ●        Menyemai rasa menghargai diri dan keluarga ●        Mengenal pasti kelebihan dan kekuatan diri ●        Mengoptimumkan kelebihan dengan baik agar mampu memberi kebaikan kepada orang sekeliling Sk Seri Machap, Simpang Renggam ialah sekolah yang menjadi pilihan untuk mengadakan ‘Kem Jati Diri Membentuk Sahsiah dan Minda Positif.’ Kem ini berlangsung selama 2 hari 1 malam bermula pada 21 Februari 2020 hingga 22 Februari 2020. Program ini melibatkan 26 orang ahli daripada biro Registration and Recruitment yang berfungsi sebagai fasilitator dan 79 orang pelajar sekolah Sk Seri Machap, Simpang Renggam. Kem ini bermula dengan mass modul yang merangkumi 3   jenis aktiviti. Aktiviti pertama ialah Sit in Groups , aktiviti kedua ialah Group Formation dan aktiviti 3 ialah Who Are We? . Pelaksanaan aktiviti pertama bermula dengan ketua fasilitator menyebut empat ciri yang telah ditetapkan iaitu i) warna tali kasut, ii) warna baju, iii) bulan kelahiran dan yang