Program Motivasi dan Kepimpinan SMK Taman Dato’ Harun (23 & 24 Mac 2019)



Program Motivasi dan Kepimpinan ini bertujuan untuk melahirkan sikap kepimpinan daripada setiap peserta yang terlibat dan menerapkan nilai kerjasama antara ahli kumpulan dalam menjayakan sesuatu misi dan pelaksanaan. Seterusnya, program ini juga bertujuan untuk memberi semangat dan harapan kepada peserta-peserta untuk bekalan pada masa hadapan agar menjadi indivdu yang berjaya dan optimistik. Selain itu, melahirkan fasilitator yang berwibawa serta mahir membimbing dan setiasa terbuka hati untuk berkongsi ilmu bersama peserta-peserta.
Program ini mempunyai 3 LDK, 1 Mass Module dan Explorace yang terdapat 4 check point. Sebelum LDK 1 bermula, CF melakukan ice breaking, group formation dan menyampaikan attention grabber. Attention grabber yang digunakan ialah Super=SMASH!! dan Apa Khabar semua=Khabar baik shhhh. Untuk energizer, lagu yang digunakan ialah para-para dance, Xi shua shua, Zigi zigidum dan Jatuh Bangun.
adik-adik berswafoto
            Ice breaking yang dilakukan pada hari kejadian terdapat dua bahagian iaitu yang pertama, Operation Room dan yang kedua Secret Impression. Group formation yang dilakukan oleh CF adalah dengan cara numbering. Setelah group formation selesai, LDK 1 dilaksanakan. Nama untuk LDK 1 ialah Find The Stone Keeper.
Ibrah yang disampaikan oleh CF daripada LDK 1 ialah sebagai seorang ketua, kita perlulah membimbing dan menunjukan macam mana kerja dilakukan. Bukan hanya dengan memberi arahan. Ia lebih bagus sekiranya ketua membuat kerja tersebut bersama-sama. Contohnya, untuk mengkaitkan dengan adik-adik, sebagai pengawas, adik-adik yang tingkatan 1 perlulah dibimbingan oleh pengawas yang lebih berpengalaman untuk melakukan tugas pengawas.
Sebelum LDK 2 bermula, lagu tema  iaitu Gemuruh-Faizal Tahir dimainkan dan tariannya diajar oleh fasi-fasi. Kemudian, LDK 2 iaitu Point Hunters. Objektif LDK 2 ini adalah bertujuan untuk memahirkan kemahiran untuk membuat keputusan yang betul dan menjadikan para peserta bijak membuat strategi dalam memperdaya kumpulan lawan.
Selepas makan tengah hari dan solat zohor, Mass Module dijalankan. Untuk Mass Module, nama yang diberi ialah FIND THE TRUE WITNESS. Ibrahnya ialah Seorang ketua tidak mudah putus asa dalam menyatakan kebenaran untuk mendapat kembali kepercayaan daripada orang. Contohnya, pengawas perlulah tidak mudah putus asa jika dikritik orang ketika melakukan tugas kerana setiap langkah mesti ada banyak cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi.Setelah selesai mass module, aktiviti seterusnya adalah explorace. Explorace ini mempunyai 4 check point dan satu misi terakhir.
Checkpoint pertama ialah Belon Terbang,
Penilaian berdasarkan kumpulan yang memperoleh jumlah belon yang paling banyak dikira sebagai pemenang. Ibrah yang diperoleh ialah bekerjasama di dalam kumpulan untuk mencapai satu matlamat dan mempunyai kepercayaan antara satu sama lain. 
Belon Terbang : Adik-adik mengerakkan belon dengan menggunakan kain

Untuk check point yang kedua, Tin dan Pasta.
         
            Ibrah yang diperoleh daripada check point ini ialah kita sebagai pelajar perlulah bekerjasama dengan ahli kumpulan untuk melengkapkan tugasan yabg diberi dan kita juga hendaklah sabar dalam melakukan tugasan supaya hasilnya akan menjadi lebih sempurna.

Checkpoint yang ketiga, Spider Web,
Ibrah yang diperoleh daripada check point ini ialah kita sebagai pelajar, amat penting untuk mematuhi dan mendengar segala arahan yang disampaikan oleh ketua dan sebagai seorang ketua atau pemimpin haruslah menyampaikan sesuatu arahan dengan jelas, tepat dan mudah difahami dan sebagai seorang pemimpin, kita haruslah bertanggungjawab dan prihatin keatas ahli yang berada dibawah kepimpinannya.
Check point yang keempat, More Water Please
Ibrah yang diperoleh dari check point ini ialah sabar dalam menghadapi cabaran. Cabaran datang setiap hari tanpa henti, itulah normal kehidupan. Walau penat mana sekali pun, kita kena sabar untuk hadapi semua cabaran yang datang dan ingatkan diri kita bahawa hidup ini memang ujian dari Allah, dan cabaran yang datang semuanya sudah dirancang khas untuk diri kita. Seperti dalam game, bila botol besar dah mula penuh, itulah ganjaran yang kita akan dapat bila kita sabar dan terus berusaha. Dalam kehidupan juga, ganjaran itu sudah pasti, baik di dunia mahupun di akhirat. Seterusnya, ada perkara dalam hidup yang fleksibel, tapi ada juga yang perlukan struktur. Kadang-kadang sebelum kita boleh lakukan sesuatu perkara, ada perkara yang kita mesti buat dahulu. Contohnya sebelum kita boleh belajar apa yang kita betul-betul minat di universiti, kita mesti belajar dahulu subjek-subjek lain walaupun kita kurang minat dalam satu subjek. Misi kita adalah untuk belajar sebaik mungkin dan buat sebaik mungkin dalam SPM, barulah kita dapat pilih apa yang bidang yang kita betul-betul minat dan fokus dalam bidang tersebut.
           Untuk misi yang terakhir, setelah tamat melakukan semua check point, para peserta kembali ke tempat permulaan mereka bagi melaksanakan misi yang terakhir bersama CF. Mereka perlu mencari cebisan-cebisan kotak untuk menjadikan sebuah lencana sekolah mereka dengan lengkap. 

           Pada hari yang kedua, sebelum LDK 3 dijalankan, senam pagi dilakukan. Untuk permainan pertama dalam LDK 3 iaitu Newspaper puzzle.


Newspaper Puzzle: fasi sedang memberi arahan kepada adik-adik
             Ibrah yang diberikan oleh CF untuk LDK ini ialah, Kenapa kita perlu menjatuhkan orang lain untuk mencapai kejayaan.Dalam kehidupan kita perlulah mencapai kejayaan bersama. Sikap hasad dengki terhadap orang akan membawa padah kepada kita satu hari nanti.

Barisan fasilitator yang menjayakan program ini
             Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program kem motivasi dan kepimpinan SMK Taman Dato' Harun, Petaling Jaya.

Gambar bersama adik-adik SMK TAMAN DATO' HARUN

Akhir kata kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak STUFF dan pihak sekolah. Segala ilmu yang diperoleh sepanjang program  ini berlansung atau semasa proses sebelum hari kejadian akan digunakan sebaik mungkin. kami berharap agar ukhuwah yang terjalin diantara semua fasilitator dan sekolah sepanjang program ini akan kekal sehingga ke Jannah. Sekian, Terima Kasih. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEM JATI DIRI: MEMBENTUK SAHSIAH DAN MINDA POSITIF SK SERI MACHAP

KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020

PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA