Kem Motivasi Kecemerlangan Maahad Tahfiz Az-Zahra (5 - 7 April 2019)
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum,
Objektif kem:
1) Memupuk
semangat peserta untuk meneruskan hafazan hingga tamat.
2) Membantu
peserta meningkatkan and menstabilkan rohani dan jasmani.
3)Meningkatkan keyakinan
diri para peserta untuk menghadapi dunia luar.
Pada hari pertama,
kami telah mengadakan ice breaking iaitu rawak. Dimana adik-adik
dikehendaki berkumpul dalam kumpulan mengikut kategori yang diberikan oleh Chief Fasilitator secara rawak. Kemudian, pada malam hari, kami mengadakan group formation.
Adik-adik diberi sekeping kertas berlipat yang berisi kategori yang berbeza.
Lalu, adik-adik perlu membentuk kumpulan berdasarkan kategori-kategori
tersebut. Setelah itu, kami terus ke permainan yang diberi nama segi tiga permata.
Adik-adik dikehendaki menutup mata dan menyiapkan segi tiga menggunakan cawan
ketas secara bergilir-gilir. Ibrah permainan ini adalah untuk melatih peserta
untuk memberikan arahan dengan jelas, memupuk semangat kepimpinan dalam diri
dan mendidik para peserta menjadi pengikut yang mampu menerima arahan dengan
baik.
Adik-adik dikehendaki untuk tutup mata untuk aktiviti seterusnya |
Pada hari kedua,permainan pertama diberi nama lubang ajaib.
Adik-adik dikehendaki membawa dua biji bola pingpong diatas kertas mahjong yang
berlubang dari point A ke point B tanpa menjatuhkan bola-bola tersebut. Ibrah Permainan
ini adalah setiap orang mempunyai peranan masing-masing dalam kumpulan dan setiap
ahli kumpulan perlu memberikan kerjasama yang baik dan tahap tenaga yang sama
untuk menjayakan sesuatu tugasan. Kemudian, module Aku, dia dan Kamu. Adik-adik
akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil iaitu melukis,menggunting dan
mencantum. Ibrah permainan ini adalah Setiap ahli kumpulan mempunyai peranan
masing-masing untuk menjayakan sesuatu tugasan tersebut dan pengurusan masa
dapat ditekan kepada para peserta.
Module seterusnya adalah,
bangunan bahagia. Dimana adik-adik perlu melakukan misi dibeberapa check point
untuk mendapatkan lidi, silotape dan straw bagi membina sebuah bangunan yang
tinggi dan kukuh. Ibrahnya adalah dalam kita merancang impian dan tujuan hidup,
kita juga perlu merangka strategi yang tepat untuk menjayakan matlamat hidup
tersebut. Selain itu, module tali kepercayaan turut dilaksanakan iaitu
adik-adik perlu melantik seorang untuk berada di dalam gelung dan perlu
mengutip sebanyak point yang mampu di dalam cawan kertas yang telah di susun
secara rawak oleh fasi. Ibrah module ini adalah strategi yang padu akan
mengelakkan kesilapan kecil yang boleh merosakkan satu kumpulan. Setiap ahli
kumpulan akan tahu dan maklum dengan peranan dan kerja mereka
masing-masing.Bukan hanya strategi, komunikasi antara pasukan perlu jelas untuk
mengelakkan sebarang salah faham berlaku dalam pasukan.
TALI KEPERCAYAAN |
Module terakhir adalah lukisan minda. Permainan ini meminta
adik-adik untuk menghafal peta Negeri Kuantan yang ditunjukkan oleh PC secara
bergilir-gilir dan perlu melukis semula diatas kertas mahjong. Namun CF ada
menyatakan ada pengkhianat diantara para peserta. Ibrah permainan ini jelas
iaitu dalam kehidupan seharian, kita akan bertemu dengan pelbagai jenis manusia
dan kita perlu bersedia mental dan
fizikal. Seterusnya, hubungan persahabatan kadang-kala akan teruji jadi kita
perlu cari penyelesaian yang bijak supaya tidak berlarutan.
Hari terakhir, kami telah mengadakan
explorace yang terdiri daripada lima check point. Ibrahnya adalah untuk memupuk
semangat berpasukan dan mengatur strategi hidup dengan lebih lancar.
Barisan Fasilitator STUFFIIUM |
Akhir sekali, harapan kami
supaya program seperti ini dapat di laksanakan lagi dan segala penambah baikkan
dapat dititik berat. Semoga STUFF dapat meneruskan usaha dalam membimbing para
peserta ke arah yg lebih baik dan mendidik menjadi yang terbaik untuk masa
hadapan.
Gambar Kenangan STUFFIIUM bersama adik-adik Maahad Tahfiz Az-Zahra |
Ulasan
Catat Ulasan