Mass Gathering Sem 2, 2016/2017
Assalamualaikum
semuaa! Salam 1001 kasih sayang! Daripada sudut hati, kami mendoakan kalian
semua berada dalam genggaman kasih dan rahmat Illahi. Inn syaa Allah.
Herm. Okay, nak
cerita apa ya kali ni? Ah. Mass Gathering! Mesti korang pun dah familiar dengan
perkataan tu sendiri. Mana-mana society dekat UIA, tak akan lepas daripada Mass
Gathering sebagai pembuka manis. Cumanya, STUFF membawa keunikannya tersendiri.
Kami ada cara dan tradisi dalam menyambut ahli-ahli keluarga yang baharu. Hah!
Nak tahu apa dia? Keep scrolling guys!
Okay. Mass Gathering
kali ni berlangsung pada hari Sabtu, bertarikhkan 11 Februari 2017. Bertempat
pula di hati awak. Eh. Okay tak. Bertempat pula di Engineering Colosseum. Oh
ya, tema kali ni adalah Social Media yang mana kami percaya hampir semua,
paling kurang pun akan ada satu akaun social media. Dan memandangkan STUFF
mempunyai 6 jenis biro, maka satu biro memegang satu nama social media.
Contohnya, Group Module memegang nama Instagram dan Energizer Module pula
memegang nama Snapchat. Dan yang paling menarik, kami ada satu permainan
tradisi yang akan menggunakan nama-nama social media ni. Hah. Teruja tak? Ke
bawah lagi nanti, kami akan cerita.
Pada permulaan Mass
Gathering, kami adakan kepada semua ahli keluarga STUFF satu permainan. Apa
orang kata? Sebagai memanaskan badan. Siapa tahu tepuk bidibam? Haa, yang tu
lah kami main. Comel je kan, bidibam bidibam bidi bidi bam. Berikutan dengan
tu, kami persembahkan pula barisan-barisan tulang belakang STUFF 2017. Tetapi,
menjadi satu lagi tradisi kami dalam menayangkan video gimik sebelum sesi
pengenalan bermula.
Yang terujanya, setiap kali Mass Gathering, kami bawakan
video gimik yang berbeza! Dan yang lagi teruja! Pengambaran video gimik kali ni
di tempat yang istimewa. Korang boleh tekan di link di bawah ni untuk tatapan.
Selamat menonton~ *jangan lupa beli popcorn.
Okay, selain
daripada itu, kami juga menyediakan ruang buat setiap biro untuk berkenalan.
Kata orang, tak kenal maka taaruf lah. Ini kerana kami sangat menitikberatkan
“bonding” antara ahli keluarga, baik yang baharu dan yang lama. Dalam tempoh
itu, kami mencipta satu sorakan berdasarkan nama social media yang diberikan.
Untuk apa? Untuk menaikkan kadar adrenaline! Yeah! Berbalik pula pada permainan
tradisi kami; yang diberi namanya “Pang Ping Pong Piang”.
Permainan ni seperti
permainan yang mengebom kumpulan lain, di mana pada selepas setiap “Piang”,
kita dikehendaki menyebut nama kumpulan lain. Menarik, bukan? Dan yang lagi
menarik, kami menyediakan hadiah buat setiap kumpulan berserta hadiah piala
bagi peserta terbaik lelaki dan perempuan.
Bukan itu sahaja,
makanan pada hari tu pun sedap. Beraneka macam! Ada buah tembikai dan tembikai
susu, mee goreng tom yam, roti jala dan air oren. Semua khas buat ahli keluarga
STUFF.
Begitu lah
ceritanya. Buat yang sudah menyertai kami, Selamat Datang kami ucapkan, huluran
kasih kami dahulukan. Buat yang di luar sana, yang masih tercari-cari,
kembangkanlah sayap kemahiran anda bersama kami!
Welcome to our Super. Ultimate. Talented. Fantastic. Family.
Welcome to our Super. Ultimate. Talented. Fantastic. Family.
Advisor Stuff, Madam Ros bersama Programme Manager MassGath, Brother Nash
PC funtion. Padu!
Energizer Module (EM)
Promotion, Publication and Multimedia (PM)
Mass Module (MM)
Registration and Recruitment (RnR)
Group Module (GM)
Discpline and Welfare (DCW)
Emcee kesayangan anda
Sesi pendaftaran sebelum majlis
Taaruf mengikut biro masing-masing
Advisor STUFF, Madam Ros Aniza
Mainboard 2016/2017
p/s: untuk melihat video gimmick yang serius gempak ketika massgath, boleh jenguk sini:
https://www.youtube.com/watch?v=5nRduGwrHBs
https://www.youtube.com/watch?v=5nRduGwrHBs
-ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON TIDAK BERBUAH-
Video gimik best!
BalasPadam