Famstrap 2017
Assalamualaikum dan hai semua!
Bertemu kita lagi dalam kisah kali ini. Jauh dari sudut hati saya yang paling dalam mengharapkan agar kalian semua sentiasa di bawah lembayung rahmat daripada-NYA. Okay, sebelum ini, kita sudah melalui sesi pendaftaran ahli baru, dengan membuka booth di ITD Foyer, kemudian, kita sudah pun selesai dengan Mass Gathering bersama ahli-ahli STUFF. Kali ini, kita akan teruskan pula ke program yang seterusnya iaitu....FAMSTRAP!!
FAMSTRAP, merupakan singkatan kepada Family Day and Facilitating Skills Training Program. Tahun lepas, kita adakan FAMSTRAP sebanyak dua kali. Tapi tahun ni, hanya sekali sahaja. Kata orang, peluang sekali seumur hidup.
FAMSTRAP merupakan kem yang bertujuan untuk melatih skill fasilitator supaya para peserta dapat membina dan mencipta modul mereka sendiri, dapat bekerja walaupun dengan tekanan dan juga dapat bercakap di khalayak ramai.
FAMSTRAP kali ini bertempat di Kem Latihan & Rekreasi Sg Congkak. Sesiapa yang tak pernah tahu kat mana sebenarnya tempat tu, boleh la tanya kepada Encik Google Maps ataupun Puan Waze ye. Tak jauh pun tempat dari UIA, lebih kurang 50 minit sahaja perjalanan.
Hari Pertama
Hari pertama FAMSTRAP kita mulakan dengan sesi ice breaking antara peserta. Mereka perlu menulis beberapa makumat tentang diri sendiri, contohnya hobi, makanan kegemaran, asal dan lain-lain. Lepas dah tulis semua tu di atas kertas, peserta perlu cari orang lain yang ada ciri2 yang sama dengan mereka dan kena dapatkan nama orang tersebut.
Kemudian, hari kedua di FAMSTRAP dipenuhi dengan slot yang membincangkan teori serta tips bagaimana untuk menjadi seorang fasilitator dan apakah tujuan serta maksud sebenar seorang fasilitator.
Kemuncak aktiviti pada hari kedua adalah modul pada waktu malam. Pada waktu ini, semua peserta perlu menyelesaikan tugasan mengikut checkpoint yang telah ditetapkan sambil memastikan barang amanah selamat hingga ke akhir modul. Modul ini bertujuan untuk melatih peserta FAMSTRAP bagaimana untuk menghadapi tekanan dan semangat untuk tak mudah berputus asa walapun pelbagai dugaan serta rintangan datang menghalang.
Setelah selesai modul pada malam itu, semua peserta dan komiti menikmati BBQ. Ha.. bukan selalu tau pergi kem dapat makan ayam bbq. Menu malam tu memang sedap, hasil air tangan komiti serta wakil pihak kem yang dok mengipas dan membakar sebaik sahaja selesai solat Maghrib.
Bertemu kita lagi dalam kisah kali ini. Jauh dari sudut hati saya yang paling dalam mengharapkan agar kalian semua sentiasa di bawah lembayung rahmat daripada-NYA. Okay, sebelum ini, kita sudah melalui sesi pendaftaran ahli baru, dengan membuka booth di ITD Foyer, kemudian, kita sudah pun selesai dengan Mass Gathering bersama ahli-ahli STUFF. Kali ini, kita akan teruskan pula ke program yang seterusnya iaitu....FAMSTRAP!!
FAMSTRAP, merupakan singkatan kepada Family Day and Facilitating Skills Training Program. Tahun lepas, kita adakan FAMSTRAP sebanyak dua kali. Tapi tahun ni, hanya sekali sahaja. Kata orang, peluang sekali seumur hidup.
FAMSTRAP merupakan kem yang bertujuan untuk melatih skill fasilitator supaya para peserta dapat membina dan mencipta modul mereka sendiri, dapat bekerja walaupun dengan tekanan dan juga dapat bercakap di khalayak ramai.
FAMSTRAP kali ini bertempat di Kem Latihan & Rekreasi Sg Congkak. Sesiapa yang tak pernah tahu kat mana sebenarnya tempat tu, boleh la tanya kepada Encik Google Maps ataupun Puan Waze ye. Tak jauh pun tempat dari UIA, lebih kurang 50 minit sahaja perjalanan.
Hari Pertama
Hari pertama FAMSTRAP kita mulakan dengan sesi ice breaking antara peserta. Mereka perlu menulis beberapa makumat tentang diri sendiri, contohnya hobi, makanan kegemaran, asal dan lain-lain. Lepas dah tulis semua tu di atas kertas, peserta perlu cari orang lain yang ada ciri2 yang sama dengan mereka dan kena dapatkan nama orang tersebut.
Semangatnya masing-masing!
Kemudian, peserta dipecahkan kepada kumpulan masing2, dan dikehendaki membuat bendera serta sorakan kumpulan. Bendera pun bukan bendera biasa-biasa. Untuk buat bendera, peserta kena gunakan kain perca yang disediakan, dan hias bendera kumpulan ikut kreativiti masing-masing. Masa ni la para gadis menunjukkan bakat menjahit mereka yang dah lama terpendam.
Pembentangan bendera mengikut kumpulan
Hari Kedua
Pagi hari kedua di FAMSTRAP dimulakan dengan qiamullail. Qiamullail kali ni agak istimewa sebab solat di luar bangunan, di atas tar. Di samping dapat menunaikan solat tahajjud secara berjemaah, dapat juga menghirup udara pagi yang segar.
Walaupun masih pagi, wajah masing-masing tampak bercahaya..
Selepas selesai qiamuallail dan solat subuh berjemaah, program diteruskan dengan senaman pagi.
Demonstrasi senaman yang bersemangat!
Perlawanan pusingan akhir antara wakil lelaki dan wanita
Kemudian, hari kedua di FAMSTRAP dipenuhi dengan slot yang membincangkan teori serta tips bagaimana untuk menjadi seorang fasilitator dan apakah tujuan serta maksud sebenar seorang fasilitator.
Selain itu, untuk menjadi seorang fasilitator, kreativiti amat penting dan harus berfikir dengan bijak dan pantas. Setiap kumpulan diberikan barang secara rawak, dan mereka perlu mengaitkan barang-barang tersebut dengan fasilitator.
Sebagai contoh, ada kumpulan yang mendapat jam. Sebagai fasilitator, masa merupakan suatu yang amat penting dan kita haruslah menepati masa sebab ia menunjukkan disiplin kita dan seorang fasilitator yang baik mestilah berdisiplin.
Gigih berusaha untuk jaga api lilin supaya tak terpadam
Setelah selesai modul pada malam itu, semua peserta dan komiti menikmati BBQ. Ha.. bukan selalu tau pergi kem dapat makan ayam bbq. Menu malam tu memang sedap, hasil air tangan komiti serta wakil pihak kem yang dok mengipas dan membakar sebaik sahaja selesai solat Maghrib.
walaupun nampak asap lebih daripada muka, sila lah bertabah ye..
Hari Ketiga
HAri ketiga FAMSTRAP, (baca= Family Day), semua peserta perlu melakukan modul yang telah mereka bincangkan dalam kumpulan masing-masing pada hari kedua. Dan hari ini merupakan hari mereka akan berpraktikal. Setiap kumpulan akan mendapat giliran untuk handle modul masing-masing. Dan mereka akan dinilai dari beberapa aspek. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan dikira sebagai pemenang. Yeay!
Famstrap kali ini nak melatih peserta bukan saja daripada segi teori, tetapi juga bagaimana untuk mereka aplikasikan ilmu fasilitator yang telah mereka pelajari pada hari kedua. Setiap arahan dan pelaksanaan modul perlu dilakukan sendiri oleh peserta.
Para hakim feat madam Ros
khusyuk masing2 mendengar arahan
Antara modul yang dimainkan
Dan tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan untuk sponsor, Red Bull kerana menyumbangkan minuman yang mampu menambahkan lagi tenaga para peserta FAMSTRAP pada hari ketiga ini.
Akhirnya, sampai juga ke penghujung rancangan kita. Eh. Untuk semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan FAMSTRAP kali ini, jasa dan pengorbanan anda semua amatlah dihargai.
Untuk semua peserta FAMSTRAP yang sentiasa positif dan menyebarkan aura kebaikan sepanjang kem berlangsung, terima kasih.
Untuk semua komiti FAMSTRAP yang berpenat-lelah demi memastikan FAMSTRAP 2k17 menjadi sebuah realiti, terima kasih.
Untuk trainer FAMSTRAP yang tak lokek untuk berkongsi ilmu dan memberi tips serta nasihat yang berguna, terima kasih.
Untuk advisor STUFF, Madam Ros, yang sudi meluangkan masa untuk hadir walaupun sekejap, terima kasih Madam..
Untuk anda yang tidak berpeluang untuk menyertai FAMSTRAP kali ini, jangan lah bersedih atau berdukacita ye, kerana masih ada banyak lagi peluang dalam program2 akan datang bersama STUFF selepas ini. Dan kami sangat tak sabar untuk bertemu dengan anda pada program-program yang akan datang.
Barisan komiti Famstrap2k17
#Famstrap2k17
#Famtastic
Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
In sha Allah kita berjumpa lagi.
-ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON TIDAK BERBUAH-
Bestnyaaaaaa...Stuff dh berkembang sekarang yea! :')
BalasPadam