STUFF 10th Year Anniversary : Request for Donation


Student Facilitating Front atau lebih dikenali sebagai STUFF merupakan satu pertubuhan fasilitator di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kelab ini mula ditubuhkan pada 18 Jun 2001 dan sehingga hari ini telah melahirkan ramai insan yang mampu tampil ke hadapan dan bertanggungjawab selaku seorang pemimpin. Pada tahun ini, telah genap 10 tahun kelab STUFF ditubuhkan dan telah ramai ahli-ahli dan bekas-bekas ahli bergelar pemimpin berjaya dihasilkan.
Sehubungan dengan itu, satu sambutan akan diadakan bagi meraikan 10 tahun yg gilang gemilang ini. Majlis ini akan diadakan serentak dengan Annual Grand Dinner STUFF yang dilakukan setiap tahun bagi menghargai usaha-usaha ahli-ahli STUFF yang sedia ada serta ahli-ahli yang bakal meninggalkan kelab ini tidak lama lagi. Gabungan dua temasya pada satu majlis ini diharapkan dapat dijalankan dengan penuh jaya dan meriah sekali bagi mengimbau kembali memori-memori pahit dan manis kepada bekas-bekas ahli STUFF dan termasuk juga kepada ahli STUFF yang sedia ada.
Walaubagaimanapun bagi menjayakan rancangan kami untuk menjadikan majlis ini penuh dengan sesuatu untuk diingati, kami memerlukan bajet yang tinggi. Kami telah pun mengusahakan bajet untuk dikeluarkan oleh pihak UIA sendiri tetapi masih lagi sedikit tidak mencukupi untuk menjayakan majlis ini.
Oleh itu kami amat berharap sedikit sumbangan dapat disalurkan dari pihak anda untuk mencukupkan bajet kami. Sudah pasti anda juga mahukan yang terbaik untuk sambutan ini bukan? Segala kenangan pahit dan manis,suka dan duka,tangis dan tawa yang pernah anda lalui bersama STUFF pastinya bukanlah sesuatu untuk dilupai. Jadi marilah bersama-sama kita mengimbau kembali kenangan-kenangan tersebut di dalam satu majlis besar-besaran bersempena dengan menyambut ulangtahun 10 tahun pertubuhan STUFF dan Annual Grand Dinner dengan gilang gemilangnya ini.
Sumbangan ikhlas dari anda tidak kira kecil mahupun besar amat kami hargai dan janji kami agar anda tidak sesekali akan menyesali tindakan anda tersebut. Malam pesta penuh memori itu nanti pasti dijalankan dengan suasana yang amat meriah sekali. Sebarang bentuk pertanyaan atau maklumat bolehlah diajukan kepada Ahmad Fauzan selaku pengurus program ini atau pembantunya NurSyuhada dengan nombor telefon mereka seperti dibawah. Sekian terima kasih.
Fauzan – 0173039285
Syuhada – 0122980916
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
UPDATE: 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

-Tarikh 12 March 2011, Sabtu,
-bertemakan Nights of Million Hats.
-Semua ahli STUFF dan Alumni dijemput hadir dan sila maklumkan kehadiran anda melalui facebook event .

-Kepada ALUMNI STUFF, sila hubungi talian yang tertera untuk kehadiran anda agar kami dapat membuat persiapan dengan lebih awal. 
-Jika anda berminat untuk menghulurkan sumbangan melalui bank, bolehlah anda transfer ke akaun Bank Muamalat, 1205 00423 68728(Khidmah).

Ulasan

  1. nak senang bg akaun no ker..leh alumni bank in kan duit ajer.. kalau sumbangan dlm bentuk lain leh lah tel yg di atas.. pendapat akaklah...
    ader tarikh ke belom mjls nie yer?

    BalasPadam
  2. Saya treasurer utk AGD. Sesiapa yg nak donate utk AGD boleh bank in dalam akaun Muamalat ni..no akaun 1205 00423 68728. Thank you :)

    BalasPadam
  3. saya x leh join huhuhu sy masih disandakan...13hb baru fly over...yanie nak ikut.... akma

    BalasPadam
  4. Kema:: yanie pun x sure lagi..takut nama naik kena outstation... sbb ader event... huk huk... dpt kumpul ni mahakarya cinta lah nie...

    BalasPadam
  5. cuupp dekat FB event tue kan..akak tgk ramai jg lagi alumni yg tak tersenarai dalam tue.. tambah2 ex president... huk huk huk

    BalasPadam
  6. x tersenarai? tp yang FB event tu utk semua yang masuk group FB STUFF. stakat ni 189 ahli, kalo boleh bg nama ngan contact num lg bgus~..^^

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Sebab tu la nak mintak akak2 dan abang2 tolong invitekan mana yang patut sebab alumni STUFF yang ada dalam senarai friend list kami berapa orang je pun.. Semua dijemput sebenarnye cuma tak tau macam mana nak invite lagi da..

    BalasPadam
  9. hehehehe ...tuela psl.. sian korg... meh akak tlg... tp kat event tue akak tak leh tekan pun invite guest..kalau leh akak tekan kat situ, akak leh tlg inviteka smeua senior yg ader dlm list akak... skrg nie pun akak dh cuba war2kan pd yg ada...

    BalasPadam
  10. its Nik's wedding day..automatically...me n the geng couldnt make it..hmm...
    -pieya-

    BalasPadam
  11. try masuk dalam alumni yahoo group..kat situ banyak senior2..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEM JATI DIRI: MEMBENTUK SAHSIAH DAN MINDA POSITIF SK SERI MACHAP

KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020

PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA