Berbagai jenis golongan manusia pada Hari Kebangkitan..


Assalamualaikum..
Kabare kwn2?
Arap2 sehat r no..
Dah solat blom?
ha.. kalau bl0m, g solat dulu pastu smbung on9..

Entri kali nie nk bg peringatan utk suma stuffians & sesiapa saja yg sudi baca blog STUFF nie..
Nk share sikit la pa yg baru saya bca..
Jom renung2kan tp jgn lupa beramal..


  • golongan 1

golongan manusia yg d bangkitkan dari kubur masing2 menuju ke Padang Mahsyar dengan tiada berkaki dan tiada pula bertangan. mereka akan d masukkan ke dlm neraka.

  • golongan 2

golongan manusia yg d bangkitkan dari kubur masing2 mnuju ke Padang Mahsyar berupa seekor babi. Keadaan ini berlaku d sebabkan ketika di dunia, mereka mengambil mudah dan tidak mengambil berat tntang solat terutama sekali solat 5 wktu..

  • golongan 3

golongan manusia yang d bangkitkan dari kubur masing2 menuju ke Padang Mahsyar dlm keadaan perut mereka buncit seperti d penuhi bukit dan d dlmnya d pnuhi ular dan kala jengking. Besarnya ular dan kala jengking itu seperti keldai. Ini adalah kerana ketika d dunia mereka tidak mngeluarkan zakat.

  • golongan 4

golongan manusia yg d bangkitkan dari kubur masing2 menuju ke Padang Mahsyar dlm keadaan mulut mereka mengeluarkan darah. Keadaan ini berlaku kerana ketika d dunia mereka suka menipu dalam urusan jual beli..

  • golongan 5

golongan manusia yg d bangkitkan dari kubur masing2 menuju ke Padang Mahsyar dlm keadaan bdn mereka bengkak2 dan berbau busuk lebih daripada bangkai.. keadaan ini berlaku d sebabkan semasa d dunia mereka menyembunyikan kejahatan kerana takut kepada penguasa sedangkan yg berkuasa adalah Allah bukannya manusia.

  • golongan 6

golongan manusia yg d bangkitkan dari kubur masing2 menuju ke Padang Mahsyar dengan keadaan halkum mereka terpotong. Ini kerana semasa mereka di dunia, mereka suka berdusta dan bersumpah palsu..

  • golongan 7

golongan manusia yg d bangkitkan dari kubur masing2 menuju ke Padang Mahsyar dengan keadaan lidah dan mulut mereka mengeluarkan muntah2. Hal ini kerana semasa d dunia, mereka melarang atau mencegah orang daripada menjadi saksi yg hak (benar)..

  • golongan 8

golongan manusia yg d bangkitkan dari kubur masing2 menuju ke Padang Mahsyar dengan keadaan kepala mereka d bwh dan kaki mereka d ats manakala kemaluan mereka d tusuk dengan besi panas sehingga mengeluarkan nanah. Hal ini kerana ketika d dunia, mereka melakukan zina..

  • golongan 9

golongan manusia yg d bangkitkan dari kubur masing2 menuju ke Padang Mahsyar dengan keadaan muka mereka hitam, mata mereka berwarna biru dan perut mereka d penuhi dengan api. Hal ini kerana semasa d dunia, mereka memakan harta anak yatim..

  • golongan 10

golongan manusia yg d bangkitkan dari kubur masing2 menuju ke Padang Mahsyar dengan keadaan badan mereka d penuhi dengan sopak dan kurap. Hal ini kerana semasa d dunia, mereka menderhaka kepada ibubapa

  • golongan 11

golongan manusia yg d bangkitkan dari kubur masing2 menuju ke Padang Mahsyar dengan keadaan hati mereka buta. Mata dan gigi mereka seperti lembu jantan manakala bibir mereka melebihi paras dada serta lidahnya terjulur hingga ke paras perut. Mulut mereka mengeluarkan benda2 yg kotor. Hal ini kerana ketika d dunia, mereka suka meminum arak.

  • golongan 12

golongan manusia yg d bangkitkan dari kubur masing2 menuju ke Padang Mahsyar dengan keadaan muka dan wajah mereka berseri seperti bulan purnama. Mereka melintasi Titian Siratal Mustaqim pantas bagaikan kilat. Keadaan ini berlaku kerana semasa mereka d dunia, mereka adalah org yg beriman kepada Allah, mengerjakan segala amal ibadat dengan ikhlas kerana Allah, mengerjakan solat 5 waktu dengan sempurna (zahir dan batin) serta matinya dalam keadaan bertaubat. Mereka adalah golongan yg mendapat keampunan Allah SWT dan syurga adalah tempat mereka..

Oleh itu, marilah sama2 menilai diri kita sendiri dan meningkatkan amal kepada Allah SWT.. Semoga memperoleh husnul khatimah.. Amin..

menziarahi tanah perkuburan mengingatkan kita kepada kematian..

So, jom la usaha utk jd golongan 12...

P/s: Buku "SYURGA ATAU NERAKA" oleh RAHMAN & AISHAH



Ulasan

  1. mcm mana dgn hanya 1 drpd 72 golongan hamba Allah yang masuk syurga seperti dalam hadis Rasulallah???

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEM JATI DIRI: MEMBENTUK SAHSIAH DAN MINDA POSITIF SK SERI MACHAP

KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020

PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA