STUFFian : Kami Prihatin, Anda Bagaimana?



Assalamualaikum..

Pada 8 Januari 2011 Student Facilitating Front (STUFF ) IIUM telah menghantar bebrapa wakil ke kempen "Kami Prihatin, Anda Bagaimana" yang bertempat di Main Auditorium IIUM.

Bermula dari seawal 8 pagi kami telah dikehendaki untuk mendaftarkan diri di riverside yang berdekatan. Kami telah diberikan seorang sehelai baju yang tertera lambang dan tulisan "Kami Prihatin". Kami juga dibekalkan dengan sarapan yang berupakan sebuku roti, seketul karipap dan 2 ketul donut yang hampir menyerupai 'Big Apple'(Hampir je, tak sama pon). Makanan itu ditaja oleh Suri Catering yang sering diwar-warkan cerita orang lama dari mulut ke mulut (Hehehe).


Majlis dimulakan dengan sembang santai yang dimoderatorkan oleh Ustaz Akhil Hayy Rawa. Majlis kemudian dirasmikan oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Sesi kedua disambung selepas itu dengan masih membincangkan permasalahan remaja zaman sekarang yang kurang kesedaran dalam kehidupan bersosial. Akhirnya bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Lelaki atau wanita? Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Adakah kita prihatin dengan masalah sosial di kalangan ahli keluarga kita, kawan-kawan kita mahupun saudara seagama kita sendiri? Anda tentukan. Mencegah lebih baik daripada merawat.

Majlis diakhiri dengan persembahan nyanyian daripada Mel Wings, Mawi World dan Bienda. Mereka masing2 mempersembahkan 2 buah lagu. Selepas itu peserta dijamu dengan makan tengah hari Nasi minyak berlaukkan daging dan ayam yang ditaja oelh Suri Catering. Para peserta sangat berpuas hati dan menikmati makanan yang lazat itu dengan penuh perasaan.

Akhir kata, sama-samalah kita mencegah segala perkara yang boleh mendekatkan masyarakat kita daripada zina. Pelbagai kempen sahaja tidak berguna tanpa tindakan daripada anda sendiri. Jadikan budaya prihatin suatu trend untuk anak muda kita. Apa sahaja yang anak muda kita lakukan sekarang mmemberikan impak yang besar kepada generasi akan datang. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Lagi gambar untuk tontonan semua.


Sarapan kami.

Majlis perasmian.

Antara ahli STUFF yang menjadi peserta.


Lagi gambar peserta.
Makan tengah hari yang ditaja oleh Suri Catering.(Nasi Minyak)

Ulasan

  1. talk yg sangat bermanfaat..sape yg x pergi mmg rugi sgt..byk teladan dan tauladan yg kite dapat.

    p/s: saya suke suri catering.

    BalasPadam
  2. wahh2.bagus la stuff ni.nak jd member blh?err.4org je wakil stuff??mst org yg mantap je terpilih kn.eh,mane gamba tido?

    BalasPadam
  3. manfaat...tapi..
    mane post psl Mass Gathering?o_O?

    BalasPadam
  4. oo bkn parenting ke ni??? stuff ad hantr wakil??wah hebat dan mantap la stuff skung ni..truskan ambk gambr yee adk2..haha

    BalasPadam
  5. awak suka suri catering saya suka suri rumah

    BalasPadam
  6. mane comel??
    sharizat, bienda @ mawi??????

    BalasPadam
  7. wah prihatinya...hehehe

    BalasPadam
  8. to zai!!
    aku+ bal+4zan+ arham lagik comel...sile rujuk gambar 1

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEM JATI DIRI: MEMBENTUK SAHSIAH DAN MINDA POSITIF SK SERI MACHAP

KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020

PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA