Highlight Mass Gathering 11' - Versi suka dan duka
*warning - entri kali ini ajak panjang harap anda istiqimah dalam membaca hingga ke titisan tulisan yang terakhir.*
Hai semua, salam satu malaysia!
"suri terbe...., suri terbe...." Masih ingat lagi zaman sekolah rendah anda? saat anda mengutuk rakan anda sampai rakan anda balik rumah report pada mak ayah dan besoknye tak datang kelas sampai bila².Atau mungkin diri anda yang diperlakukan sebegitu rupa tapi segan nak mengaku?. Jangan khuatir kerana motif entri ini bukanlah untuk membuka pekung di dada anda tetapi saya ingin berkongsi sebanyak yang mungkin tentang Mass gathering STUFF 11'(MGS11).
Di MGS11 kami cuba menyuntik kembali kenangan itu dalam minda anda dengan mengenakan tema "kembali ke sekolah : edisi kelas pendidikan jasmani". Tema ini sedikit sebanyak telah menghidupkan lagi suasana MGS11 kali ini. Ikhlas saya terkejut dengan hiasan MGS11, Colosseum dibalut dengan tali rafia, untuk mengelak peserta lari lintang pukang saat dibaling tepung di slot PAM PING PONG PYANG. Dinding-dinding dihias dengan tulisan jawi dan ABC, jadual tugasan dan peserta juga dikehendaki memakai tanda nama cop sekolah STUFF. Kool kan?
MGS11 dimulakan dengan video gimik ala-ala MTV awards untuk intro kemasukan MC pada malam itu, saudara nanad (Lebih dikenali dengan nama kaknad. Bukan sengaja dipanggil begitu memang dah kat ic die nama siti nur kaknad ) dan edi (Nama sebenar dirahsiakan untuk keselamatan anda ).Berikut video gimik entrance mereka.
MGS11 disambung lagi dengan ice breaking yang cliche namun tak penah lekang dek zaman. Ahli baru STUFF tersangat sporting melayan kerenah MC yang agak ting tong pada malam itu. Tahniah kepada anda (ahli baru) kerana berjaya menceriakan lagi MGS11.
Nak dipendekkan cerita, mari kita terus ke aktiviti kemuncak tradisi STUFF, game PANG PING PONG PYANG. Pada mereka yang kurang jelas apa game ini, anggap sahaja ini game lawan siapa kalah kena baling tepung. Generasi kini patut bersyukur dengan dasar baru STUFF yang hanya baling tepung kepada si kalah. Zaman saya dulu bukan takat tepung, kunyit yang kuning itu di calit-calit ke muka si kalah. Selepas dicalit barulah di bancuh si kalah dengan tepung bekan segenggam tetapi seplastik seorang kemudian digoreng sampai jadi pisang goreng. Ok bab digoreng itu mungkin ada tipu-tipu sikit tapi sebelum tu semuanya benar. Ingat lagi president sekarang Ahmad Balqini Bin Idrus yang mukanya tumbuh jerawat bukan seketul tetapi tiga ketul gara-gara kulit yang sensitif alah kepada kunyit. Dengan kata lain kulitnya tak berkualiti kulit murahan atau kulit gred C. Rujuk gambar di akhir entri ini untuk mendalami permainan ini dengan lebih masyuk.
Selepas permainan baling-baling tepung peserta disajikan pula dengan Multimedia Presentation hasil buah tangan Bureau of Multimedia yang sangat touching dan tangkap leleh. Rumusan video ini adalah deretan gambar-gambar sepanjang program yang berlangsung untuk sesi 2009/2010 digarap pula dengan lagu-lagu sentimental, cukup untuk membuat peserta terkesima seketika. Sedikit rap dari kak nad di hujung video.Cakap banyak pon tak guna, jika orang kata sekeping gambar ibarat seribu perkataan, nah kami berikan anda lebih seratus gambar dalam video dibawah. Kira sendiri itu bersamaan dengan berapa perkataan. Klik play pada kotak video di bawah ini untuk menonton.
MGS11 tamat pada jam 1115, saya kira ianya adalah MGS yang paling menepati masa dalam sejarah kewujudan STUFF. Tahniah kepada saudara PC, En.Asrul. Di hujung program, peserta disajikan dengan hidangan nasi goreng evoke. Kelihatan peserta amat ghairah menjamah nasi goreng tersebut. Ura-ura mengatakan ini program pertama mereka dihidangkan dengan nasi goreng, sebelum ini di kebanyakan program mereka hanya diberikan bihun goreng, roti jala ataupun kek lapis apollo. Tahniah juga kepada pasukan Catering kerana berjaya membuat kelainan!
Akhir kata, saya wakil dari pihak pengurusan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menjayakan MGS11 ini. Kami mohon ampun atas segala kekurangan dan jika anda terambil nasi goreng lebih pada malam itu jangan risau, pon kami halalkan.Sedikit gambar-gambar mass gath menanti selepas ini. Untuk gambar yang lebih banyak boleh nantikan di facebook STUFF. Klik gambar-gambar pelik di bawah untuk definisi yang lebih tinggi.

Ini baru separuh ni, kat ujung belah kiri belah kanan belakang tiang, kira-kira dalam 90 000 peserta yang datang malam itu.
Kita dapat lihat penipuan di sini perhatikan En.Balqini di hujung sebelah right, tengok gaya dah tahu hendak chengkelat main pam ping pong pyang.Lihat gambar berikutnya untuk kefahaman yang lebih
Tadaa, semua orang kena tepung tapi En.Balqini tetap suci, bajunya kelihatan amat bersih seperti baru lepas menggunakan serbuk pencuci Daia.
Lagi mangsa ditepung dan diketawakan oleh orang ramai
Sudahlah dibaling tepung, dipukul-pukul pula selepas itu lalu digoreng buat sambal tumis.
Sekian Terima Kasih!
Ps : Saya ada 170 gambar untuk mass gath itu hari, siapa nak boleh request.
Pps : Taktik membalut Colosseum dengan tali rafia menjadi, jumlah orang yang melarikan diri dapat dikurangkan. Untuk penambahbaikan lagi saya rasa elok kita tambat muka-muka wanted yang suka lari dari ditepung itu dengan tali lembu.

ahahaha...post mcm ni la kite kene kekalkn..
BalasPadampost mengutuk orang~
saya nak gamba2 tue....;-)
BalasPadamhaha.lawak lah enrty ni.bgus2.suka baca :)
BalasPadamlike
BalasPadampasal mc tu byk menipu.hahaha
BalasPadam