Kem Kecermelangan UPSR 2010 Sekolah Kebangsaan Parit Melana

dalam kenangan...syukron kathir semua!!!

Bismillahirrahmanirrahim…Mabruk alaik!!!

Moga dalam rahmatNya selalu. Pertama sekali, sepuluh jari disusun sebabnya lambat update, maaf ye semua...


daftar dulu...

Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya “Kem Kecemerlangan UPSR 2010” telah berjaya dilaksanakan. Dianjurkan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Parit Melana (SKPM), Melaka dengan kerjasama Student Facilitating Front (STUFF), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 6 hingga 7 Mac 2010 bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Peserta program terdiri daripada murid tahun 6 dan 5 (seramai 80 orang), serta diiringi oleh 9 orang guru. Salah seorang guru pengiring iaitu saudari Hafiz merupakan warga STUFF satu ketika dahulu yang kini berkhidmat di SKPM. Seramai 23 orang ahli STUFF dari pelbagai kuliyyah menyumbang tenaga dalam menjayakan program ini. Diketuai oleh saudara Sideque sebagai pengarah program dan saudari Fariha sebagai penolong pengarah program.

apa yang penting...makan =)

Objektif program adalah untuk menanamkan semangat para peserta agar berusaha dengan lebih gigih dalam pelajaran juga kokurikulum. Di samping itu juga, program ini memberi pendedahan kepada peserta tentang kehidupan di kampus sekaligus menggalakkan mereka untuk turut sama menjadi warga kampus satu hari nanti. Kem ini dilaksanakan dalam situasi santai tetapi berilmiah, istimewa buat peserta SKPM.

majlis penutup...kat kuliyyah engineering...

Walaupun hanya dalam masa yang singkat, banyak juga aktiviti yang berjaya dilaksanakan. Antara yang menarik dalam kem ini, buat pertama kalinya, STUFF menganjurkan Explorace pada malam hari dan ternyata kerjasama yang diberikan amat baik sama ada daripada peserta juga warga STUFF sendiri. Jutaan terima kasih kepada setiap insan yang menjayakan program ini sama ada secara langsung juga tidak. Terima kasih yang tak terhingga juga buat pihak penganjur, SKPM juga guru-guru pengiring kerana memberi kepercayaan penuh kepada kami dalam mengendalikan program. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Allahu’alam, wassalam...

keseronokan bakal bermula...

program dah bermula...

~Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Berbuah~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEM JATI DIRI: MEMBENTUK SAHSIAH DAN MINDA POSITIF SK SERI MACHAP

KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020

PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA