Jangan jadi macam ni ..
Ketika diri masih mencari kelengkapan untuk mendaki gunung yang tinggi. Yang mana diri kurang kekuatan mental dan fizikal tetapi dek kerana azam yang menjulang, diri terus mengagahi semangat untuk terus mendaki. Ketika diri seorang diri mendaki, berpenat mencari kekuatan diri, hadir yang datang membantu. Dinasihati dan disuntik semangat agar diri lebih berani, takkala diri hampir mati. Ditolong seperti diri anaknya sendiri. Tanpa sebarang bayaran istimewa dari diri. Hanya berbekalkan ikhlas di hati, yang menolong, terus menolong diri. Namun, diri tersilap menjejaki langkah. Diikutkan dengan amarah sendiri. Diri telahpun berubah. Ketika diri telahpun sampai ke puncak, diri menolak yang menolongnya. Tersungkurlah yang menolong diri tadi ke tanahnya bumi.
Kini diri sendiri di puncak, sunyi tanpa pegangan dan sokongan yang menolong. Diri mengenangkan tingkah lakunya terhadap yang ditolong. Diri teringat kembali saat senyumnya berjaya diukirkan kembali oleh yang ditolong. Diri gembira sewaktu itu, tak kala penat seperti ingin mengalahkan azamnya. Namun, itu semua hanyalah kenangan. Kenangan yang diri sendiri buang ke tepi. Diri bodoh kerana tidak menggunakan apa yang dibekal yang menolong, walaupun diri baru mengenali yang menolong, yang menolong cukup bermurah hati, diserahkan segala yang dimiliki. Namun, diri telah jauh ditinggalkan yang menolong.
Situasi diatas boleh diaplikasi kepada pehubungan antara seorang anak dan ibu bapa, juga kawan-kawan yang banyak membantu. Namun, apa yang ingin tonjolkan di sini situasi antara hamba dan Tuhannya.
Dia menjadikan kita daripada keadaan yang langsung tiada dan hina kepada ada. Dia lengkapkan kita dengan sumber alam, dan yang utama Quran dan sunnah. Dia menolong kita untuk hidup di duniaNya dengan nikmat tanpa sebarang bayaran. Dia hadiahkan kita dengan kejayaan yang kita idamkan. Dia beri segalaNya yang dimiliki buat kita. Namun, kita buta. Tak Nampak apa yang berada di depan mata. Tak pernah nak mengkaji amanahNya. Terus papa dan kekal dalam kepapaan. Akhirnya, hidayahNya pergi sia-sia. Siapa yang mengalami kerugian? Kita kerana ketamakan dan kesombongan. KekayaanNya langsung tidak berkurangan.
“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan yang kamu dustakan?” (Ar-Rahman)
ALLAHu’alam…
~Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Berbuah~
Ulasan
Catat Ulasan