Catatan
SQUIDWORD, MICROSOFT WORD WORKSHOP
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Assalamualaikum dan hai semua ! Alhamdulillah bertemu lagi kita dalam satu lagi program yang telah dilaksanakan dengan jayanya iaitu SquidWord! Pada tanggal 19 Disember 2021, STUFF IIUM telah mengadakan sebuah program secara virtual yang dinamakan SquidWord. Nama yang sungguh unik ini bukanlah daripada watak animasi Spongebob ya malah ia merupakan akronim kepada Students’ Questions in Discovering Word. Sungguh kreatif bukan? Untuk makluman semua, program ini merupakan sebuah bengkel untuk mengasah pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan Microsoft Word dan ia terbuka kepada semua pelajar IIUM serta orang awam. Program ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar yang sedia maklum banyak menggunakan Microsoft Word untuk melakukan segala tugasan. Untuk program ini, STUFF telah menjemput seorang speaker luar yang mahir dalam Microsoft Word dan merupakan seorang ‘Twitterfamous’ iaitu En. Fakhrullah Samerin. Tidak lupa juga kepada Emcee kita pada hari kejadian yang fasih berbic
VIRTUAL FACILITATING SKILLS TRAINING (VISTRAP 2.0)
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Pada 7 November 2021, program VIRTUAL FACILITATING SKILLS TRAINING(VIRSTRAP) telah diadakan secara online di platform Zoom selama 2 jam bermula dari 10.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Program ini dianjurkan oleh Student Facilitating Front(STUFF) IIUM bersama Asst. Prof. Dr. Ros Aniza Binti Mohd Shariff selaku pegawai pengiring. Untuk makluman, program ini telah pun diadakan dengan jayanya pada tahun lepas dan kini, sekali lagi telah berjaya diadakan oleh pihak STUFF dengan bantuan daripada seorang fasilitator berpengalaman, Amar Shafie dari ProLead Legacy. Program VIRSTRAP ini melibatkan 53 peserta yang terdiri daripada pelajar pelbagai kursus di IIUM. Matlamat program ini adalah untuk membantu ahli meningkatkan pengetahuan dan kebolehan mereka khususnya dari segi pengucapan awam dan komunikasi. Di samping itu, program ini bertujuan untuk membantu peserta membina bakat mereka sebagai jurulatih dan fasilitator dengan meletakkan asas kemahiran komunikasi yang berkesa
CANVATRIX: An Online Canva Workshop
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
(Poster CANVATRIX) Alhamdulillah, syukur kerana program CANVATRIX: An Online Canva Workshop telah selesai dijalankan dengan jayanya. Ini merupakan bengkel pertama yang STUFF adakan secara online, dengan topik yang baru namun dekat di hati para pelajar. Tidak dinafikan skill editing dan membuat poster sangat penting untuk mahasiswa terutamanya sedang kita berada dalam era permodenan. Segala ilmu berkaitan komputer dan pereka grafik memainkan peranan yang besar untuk bakal kerjaya kelak. Menyedari isu ini, STUFF telah mengorak langkah untuk melaksanakan program CANVATRIX: An Online Canva Workshop pada tarikh 7 November 2021. Nama yang dipilih adalah unik kerana disebalik perkataan yang lain daripada lain ( rare) , ianya membawa maksud “Canva Tricks”, iaitu Muslihat atau Rahsia Canva. Dengan kerjasama Kelab Anak-Anak Berakhlak Islam (AKHI) dan rakan media Quranic Youth Club (QYC), program ini menjemput speaker yang sangat berpengalaman, Br Adham Rafiq, pengasas Dlance Digita
STUFF TALKATHON 2.0
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
STUFF TALKATHON 2.0 3 DISEMBER 2021 بسم الله الرحمن الرحيم Pada tanggal 3 Disember 2021, kelab Student Facilitating Front (STUFF) telah mengadakan sebuah program bual bicara bersama-sama ahli panel daripada alumni dan penceramah jemputan yang pakar dalam profesion mereka. Program ini telah diberi nama STUFF TALKATHON 2.0. Untuk pengetahuan semua, STUFF TALKATHON 2.0 ini merupakan forum dalam talian selepas kejayaan STUFF TALKATHON yang pertama yang telah dijalankan pada Ogos 2021. Kali ini, topik yang dibincangkan ialah “How Important Is LinkedIn To Students?”. Tujuan program ini ialah untuk meningkatkan kesedaran pada para pelajar tentang keperluan memiliki akaun LinkedIn untuk masa hadapan mereka sendiri. Disebabkan oleh pandemik COVID-19, program ini telah diadakan sepenuhnya dalam talian di platform YouTube STUFF IIUM. Selain itu, program ini telah melibatkan seramai 15 orang komiti. Kami juga telah menjemput tiga orang ahli panel. Ahli panel yang p
PROGRAM SEKOLAH: ENGLISH LAB SK SRI KIAMBANG
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
PROGRAM SEKOLAH: ENGLISH LAB SK SRI KIAMBANG -13 November 2021 Pada tanggal 13 November 2021, STUFF IIUM telah mengadakan sebuah program sekolah secara virtual yang diberi nama English Lab bersama SK Sri Kiambang. Untuk makluman, ini merupakan program sekolah virtual yang pertama diadakan sepanjang penubuhan kelab ini. Hal ini demikian kerana, gejala COVID-19 yang telah melanda negara kita menjadi kekangan pihak penganjur untuk mengadakan program sekolah seperti biasa iaitu dengan berkunjung ke sekolah dan membuat aktiviti secara bersemuka. Oleh yang demikian, program ini telah dianjurkan dengan menggunakan aplikasi Google Meet serta memanfaatkan segala teknologi yang ada bagi memastikan semua objektif program ini tercapai. Program ini telah melibatkan seramai 20 orang komiti yang terdiri daripada barisan jawatan tertinggi STUFF IIUM 2021. Selain itu, sebanyak 70 orang murid darjah 4, 5 & 6 dari SK Seri Kiambang telah terlibat untuk menyertai program ini. Konsep modul u
MERDEKA GAMESHOW
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Hai dan assalamualaikum semua! Alhamdulillah, kita telah berjaya melaksanakan program Merdeka Gameshow buat julung kalinya, bukan setakat untuk kelab STUFF IIUM namun rasanya kelab lain juga belum pernah buat program seperti ini. Lainnya Merdeka Gameshow ini daripada program-program yang lain adalah kerana pertandingan kuiz ini dijalankan secara ‘live’, dimana para peserta perlu bersaing antara satu sama lain dalam beberapa pusingan untuk merangkul gelaran juara bagi Merdeka Gameshow. Sedikit pengenalan, Merdeka Gameshow diadakan pada tarikh 30 Ogos 2021, waktu simbolik untuk meraikan ambang merdeka bersama-sama. Bermula pada jam 8.30 malam, semua peserta dan komiti telah berada di dalam platform Google Meet, dan sesi tersebut disiarkan di platform Youtube Live untuk tontonan umum. Wah rasa macam tengah tengok TV show pulak! Objektif bagi program ini adalah untuk berkongsi pengetahuan tentang negara Malaysia yang merangkumi sejarah, budaya, lagu dan sebagainya. Selain itu, p