PROGRAM PENINGKATAN SAHSIAH & JATI DIRI MURID (SMKA Kuala Selangor)
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum, Objektif program: 1) Mencungkil bakat dan potensi dalam diri setiap pelajar. 2) Menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah. 3) Meningkatkan disiplin dan jati diri dalam diri murid itu sendiri. 4) Menghidupkan ukhuwah dan hubungan yang baik sesama pelajar. Pada tanggal 17 November 2019, seramai 23 orang mahasiswa dari UIAM telah berangkat dari UIAM ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor sebagai fasilitator kepada 100 orang pelajar Tingkatan 2. Sebanyak 4 buah modul telah disediakan sebagai aktiviti kepada pelajar iaitu “Lukisan Kita”, “Guidance”, “Ikut Sesuka Hati”, dan “Heart to Heart Session” atau lebih dikenali sebagai Refleksi Diri bersama sama dengan fasilitator yang diletakkan dalam kumpulan. Sesi Taklimat Modul pertama yang dijalankan iaitu “Lukisan Kita” telah disediakan oleh Ketua Fasilitator dengan bertemakan Komunikasi dianggarkan b