Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2019

Annual Grand Dinner STUFF 2019

Imej
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum,        Program Majlis Makan Malam Tahunan STUFF 2019 (Annual Grand Dinner STUFF 2019) telah berlangsung pada 30 April 2019, hari Selasa. Program ini dijalankan di Dewan Serbaguna, Wadi Budi. Tema majlis makan malam pada tahun ini ialah Kisah Dongeng (fairytale). Objektif program ini dijalankan adalah untuk meraikan pelajar-pelajar yang bakal menamatkan pengajian di semester ini dan semester depan. Kemudian, malam ini dianggap sebagai malam apresiasi kepada semua yang menyumbang tenaga, idea dan masa dalam menjayakan aktiviti dan program yang pernah dijalankan sebelum ini. Bukan itu sahaja, program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara sesama ahli biro dan antara biro yang lain. Kemudian, anggota STUFF diberi peluang untuk menunjukkan bakat terpendam di slot persembahan. Akhir sekali, program ini diadakan bagi memupuk semangat kekitaan dan perasaan bangga kerana beridentiti ahli anggota STUFF.  Pengacara Majlis Pr

PROGRAM KEM SMART SOLAT SMK PUSAT BANDAR BARU PUCHONG 1 (27 APRIL 2019)

Imej
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum, Objektif Kem: 1)     Menambahkan ilmu pengetahuan pelajar tentang solat harian. 2)     Memberi pendedahan kepada pelajar tentang pentingnya cara bacaan dan tatatertib dalam solat. 3)     Menguji pengetahuan pelajar tentang rukun, syarat dan bacaan dalam solat. 4)     Memupuk semangat berpasukan pelajar yang berbeza tingkatan. 5)     Memberi peluang kepada pelajar untuk berfikiran kreatif dan terbuka. Satu sesi pengenalan dan sebanyak tiga modul telah dijalankan oleh para fasilitator iaitu sesi suai kenal (ice breaking), pembentukan kumpulan (group formation), modul tahu ke tak tahu dan explo-solat. Dalam sesi suai kenal, kami telah memilih aktiviti kotak beracun. Objektif sesi ini adalah untuk merapatkan hubungan antara pelajar yang berbeza umur. Selain itu, ia bertujuan untuk menhilangkan rasa ketidakselesaan sepanjang program ini berlangsung. Bagaimana aktiviti ini dijalankan adalah apabila pelajar di

Kem Kecemerlangan dan Sahsiah Diri SK SEKSYEN 6 Kota Damansara (26-28 April 2019)

Imej
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum, Objektif kem ini untuk ialah untuk memberi motivasi kepada pelajar- pelajar tahun 6 agar mereka belajar bersungguh- sungguh serta untuk membentuk sahsiah mereka ke arah lebih baik dan bermoral. Sepanjang tiga hari dua malam di sekolah tersebut, kami telah menyediakan beberapa modul untuk adik-adik. Setibanya disana setelah memperkenalkan kesemua fasilitator, kami melakukan ice breaking. Ice breaking tersebut diberi nama 3 operasi, iaitu operasi unite dimana adik-adik perlu membuat barisan yang terbahagi kepada lelaki dan perempuan, operasi divide, adik-adik perlu mencari pasangan dan letakkan kepala sambil berpeganggan tangan, akhir sekali, operasi fall, dimana adik- adik perlu badan mereka kena pada lantai. Kemudian, pembahagian kumpulan dengan cara bahagi kumpulan mengikut 15 jenis gula-gula. Para Fasilitator Bergambar Sebelum Bertolak Ke SKS6 Kota Damansara           Terdapat tiga LDK dan satu Explorace yang dijalankan

Program Lawatan Sambil Belajar dan Seminar Kecemerlangan Murid TAHUN 6 Negeri Melaka di IIUM GOMBAK “Journey to Excellence” (19 -21 April 2019)

Imej
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum,   Program ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan alam kehidupan di kampus universiti sekaligus memberi impak semangat kepada mereka untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat kepada murid agar lebih peka dengan kemajuan yang telah dikecapi oleh negara Malaysia. Seterusnya, program ini dilaksanakan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik disamping dapat memberi kesedaran kepada para pelajar tentang betapa pentingya kecemerlangan diri agar dapat seiring dengan kemajuan negara.  Ketibaan para pelajar daripada Melaka . Program bermula selepas solat Jumaat di mana para pelajar telah di arahkan untuk berkumpul di Engine Colosseum. Modul pertama yang dijalankan adalah pembentukan kumpulan di mana setiap para pelajar seramai 85 orang akan diberikan sebiji gula-gula yang berlainan perisa (5 perisa) oleh fasili