Training STUFF Sem 2, 2016/2017
Bismillahirrahmanirrahim~
Seperti yang kita semua sudah maklum, Student Facilitating Front atau lebih dikenali sebagai STUFF merupakan sebuah kelab yang membentuk serta melatih ahli2 nya untuk menjadi mahasiswa yang bukan sahaja fokus kepada akademik, bahkan turut aktif melibatkan diri sebagai seorang fasilitator yang berkebolehan, berdisiplin, serta sentiasa bersedia dan mampu untuk mendidik anak-anak bangsa
Bak kata orang, usaha tangga kejayaan. Untuk menjadi seorang yang berpengetahuan luas serta mempunyai ilmu sebagai seorang fasilitator dan juga cara untuk mengendalikan sesuatu modul itu, tak boleh dicapai dengan masa yang singkat.
Oleh itu, STUFF telah mengambil inisiatif untuk melatih ahli2 nya mengendalikan cara pelaksanaan sesuatu program melalui training mingguan STUFF.
Training ni dijalankan setiap minggu (semester panjang sahaja) dan setiap biro dlm STUFF akan bergilir-gilir untuk handle training tersebut. Setiap training ada tema yang berbeza dan aktiviti yang dilakukan dlm training merangkumi aspek2 penting dalam sesebuah program. Antaranya ialah modul utk kumpulan (group module), energizer, ice breaking, dan juga mass module.
Walaupun training ini cuma melibatkan ahli2 STUFF yang lain sebagai peserta, biro yg bertanggungjawab utk mggu itu perlu melaksanakan training seperti mereka sedang mengendalikan prog yg sebenar. Selain drpd pelaksanaan modul, ada juga emcee yang akan memulakan majlis, dan sebelum training berakhir, ada sesi tazkirah dan perkongsian.
Lepas dah selesai keenam-enam biro handle training, satu training khas yg dikendalikan oleh 'OTAI', dan dipanggil OTAI TRAINING. Mereka yg digelar OTAI ini merupakan bekas2 presiden STUFF bersama 'current president' akan mengendalikan training tersebut.
Practice makes perfect.
Untuk mencapai suatu kesempurnaan, perlu ada banyak latihan, dan juga 'try and error'. Kesilapan tu kadang tak dapat nak elak, sebab hakikatnya kita cuma manusia biasa. Tapi selagi mana kita diberi peluang utk menggalas suatu tanggungjawab, kita mestilah berikan yang terbaik, supaya takkan ada penyesalan utk masa akan datang.
Jadi, utk anda2 yang masih belum mendaftar utk menjadi sebahagian drpd S.T.U.F.F. (Super Talented Ultimate Fantastic Family), jangan lepaskan peluang utk menyertai aktiviti2 menarik dalam STUFF.
Dan kpd ahli2 STUFF, jangan lupa turun training setiap minggu untuk sama2 menyokong sahabat2 kita selain dpt meraih pengalaman utk diri sendiri.
Sampai berjumpa lagi pada semester panjang akan datang!
-ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON TIDAK BERBUAH-
Daebakkkk bebudak stuff
BalasPadamAlhamdulilah, haza min fadhli rabbi
Padam