Super Talented Ultimately Fantastic Family... yekeeee?


Bismillahirahmanni rahim.

Assalamulaikum dan selamat datang ke dalam family STUFF kepada ahli-ahli baru ( baca anak-anak yang baru dilahirkan hehe)

Masa dapat mesej datang interview dulu macam gempak jekan dengar Super Talented Ultimately Fantastic Family. wow!!

Tapiii...

masa datang aktiviti, rasa macam bosan je... macam bosan je... macam tak best je.. macam tak best je...

Actually la kan.. Satu pertemuan tidak cukup dengan sedikit perkenalan, perkenalan yang dengan hanya mengetahui nama, course, tahun, semester dan asal mana..

Ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga yang mekar, mekarnya bukan dengan secara tiba-tiba,


Mekarnya bunga disinari cahaya matahari yang membolehkan pokot untuk melakukan photosentesis,
Mekarnya bunga kerana air yang membasahi akar pokok,

Mekarnya bunga kerana cengkaman akar yang menyokong pokok untuk berdiri,


Mekarnya Ukhwah antara stuffian bukan kerana hanya sekali bersama melakukan aktiviti,

Mekarnya Ukhwah antara stuffian bukan hanya kerana sekali peluh membasahi dahi semasa aktiviti,

Mekarnya Ukhwah antara stuffian bukan hanya kerana sekali bertegur sapa..


Mekarnya Ukhwah antara stuffian apabila kita lama bersama-sama, semakin lama kita bersama semakin kita mengenali peribadi ahli-ahli STUFF.. baru rasa seronok nak datang aktiviti.

Mungkin ada antara kamu yang berseorangan disini, tidak mengenali sesiapa didalam STUFF, pandang kanan tak tau sapa, pandang kiri tak tau sapa.. jangan pandang belakang ye..

Jangan risau adik-adik, penulis dulu pon berseorangan masuk STUFF, masuk-masuk je dah kena bising tak datang meeting haha.. Tapiii yang bestnya, ahli STUFF semua cool sangat, bila kita kenali mereka, semuanya ada ciri-ciri yang unik, makin lama bersama STUFF, makin sayang untuk tinggalkan walaupon kesibukan semakin menerjah, tetap terasa diri kena datang setiap kali ada training mingguan.

Belajarlah untuk mencintai STUFF, kerana disini kita melatih diri untuk berubah menjadi SUPER TALENTED, setiap kali program kita nampak kekurangan diri, kita sedar dimana harus perbaiki, kita pelajari yang kawan-kawan disekeliling kita melengkapi kekurangan kita. Kita nampak peluang dan cabaran baru untuk diri kita menjadi lebih hebat.

Akhir kata, izinkan penulis untuk belajar mencintai kamu sepertimana penulis mencintai ahli-ahli STUFF yang lain, mencintai kerana ukhwah yang telah mekar walaupon tidak pernah diungkapkan. Kelainan kamu melengkapi kekurangan kami..

SELAMAT DATANG DAN SEMOGA BERTEMU SELALU YE.. =)




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEM JATI DIRI: MEMBENTUK SAHSIAH DAN MINDA POSITIF SK SERI MACHAP

KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020

PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA