Adakah anda suka menangis???

Menangis Suatu Terapi dan Perubatan


1.      Tangisan anda dapat memelihara diri daripada pelbagai jenis penyakit.
Satu kajian telah dijalankan dan mendapati tangisan anda akan mencegah dari terjadinya penyakit radang usus besar dan luka pada perut.
2.      Menangis dapat meringankan ketegangan  jiwa.
Beberapa orang pakar menegaskan bahawa menangis sangat berguna bagi kesihatan jiwa dan emosi.
3.      Menangis faktor  penyebab panjangnya usia kaum hawa.
Menurut kata para ilmuan, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Oleh kerana itu, fitrah perempuan untuk menangis lebih banyak dari kaum lelaki, maka secara jelas usia hidup mereka lebih pamjang daripada usia  lelaki.
4.      Air mata menyucikan mata.
Para doktor mata berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti. Menangis dapat membersihkan mata dari segala bakteria, debu-debu dan habuk.
5.      Menagis dapat memelihara kelembutan mata.
6.      Menangis dapat menambah jumlah degupan jantung dan dianggap sebagi latihan yang berguna bagi sekat rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua bahu. Setelah menangis, kecepatan degupan jantung kembali ke asal sehingga akan muncul perasaan tenang.

**perempuan mengeluarkan tangisan sebanyak 64 kali setahun. Sedangkan lelaki menangis hanya sebanyak 17 kali dalam setahun. Maka tidak hairanlah jika mereka lebih panjang usianya daripada lelaki dan hanya sedikit menghidapi penyakit, meskipun kadar emosi perempuan lebih sensitif.
Menangis merupakan cara yang paling berkesan untuk memperbaiki keadaan kesihatan. Menangis bukanlah tanda lemah dan tidak matangnya keperibadian seseorang.

            Sumber: Hikmah Terapi Air Mata. Terbitan Al-Hidayah Publication

Kepada lelaki-lelaki di luar sana, fikir-fikirkan dan selamat beramal…
 Muka legend hati cute …^_^

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEM JATI DIRI: MEMBENTUK SAHSIAH DAN MINDA POSITIF SK SERI MACHAP

KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020

PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA