Final Exam !

Exam oh Exam...


Assalammulaikum W.b.t...
Alhamdulillah, saya berkesempatan men"updatekan blog ni"...buat sekian kalinya..tak tau pula bila berpeluang lagi...


Seperti kiter sedia maklum, mggu nie merupakan mggu exam bagi sesi semester 2 2009/2010.
Jadi, saya mewakili management board STUFF, ingin mengucapkan selamat berjaya kepada stuffians sumer...


Pertama sekali, kami ingin memohon maaf sekiranya ade melakukan kesalahan seperti menyakitkan hati, terkasar bahasa dan memungkiri janji...
Walaupun kiter tak sempat berjumpa dipenghujung sem ni, kami akhiri last aktiviti kali ini dengan memohon seribu kemaafan sebelum menghadapi exam...
Semoga Allah permudahkan segala urusan kiter semua...
Kita merancang dan Allah juga merancang, dan semestinya perancangan Allah adalah yang terbaik...


Untuk menjadi yang terbaik....Islam sendiri menyuruh umatnya berusaha dan bertawakkal kepada Allah..


Maka, dalam surah al-Mukminun..
Allah berfirman" Ssungguhnya berjayalah orang-oran yang beriman, yang khusyuk dalam solatnya"


Namun jangan kiter lupa untuk berusaha...
Sesunggunya Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya kaum itu sendiri tak mengubahnya...


Ilmu tanpa amal....sia-sia
Amalan tanpa ilmu ....gila


Kat sini saya nak berkongsi sedikit ....
Semoga dapat membantu walaupun sikit...InsyaAllah..


Teknik-teknik Berkesan Menghadapi Exam

Sebelum Exam :
  1. Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi mengikut aturan.
  2. Ulangkaji nota secara konsisten.
  3. Bina dan jawab soalan daripada nota kuliah. Semak soalan-soalan yang lepas (past year question boleh didapati di dalam website library iium).
  4. Jumpa dan berbincang dengan lecturer bagi mengenalpasti teknik menjawab soalan yang sebaiknya.
  5. Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan.
  6. Jadi guru dan ajar kepada rakan-rakan kamu berkaitan dengan sesuatu topik.
  7. Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas.

Hari Exam :
  1. Bersarapan sebelum ke dewan exam.
  2. Datang awal ke dewan exam.
  3. Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan di saat akhir bersama-sama dengan rakan.
  4. Fokuskan pemikiran kamu terhadap apa yang anda ketahui.
  5. Bercakap dengan rakan kamu sekiranya ia dapat memberi ketenangan.

Semasa Exam :
  1. Baca arahan dengan teliti.
  2. Pastikan apa yang perlu kamu lakukan dan bagaimana hendak melakukannya.
  3. Baca setiap soalan dengan teliti.
  4. Gariskan perkataan yang penting dalam soalan.
  5. Uruskan masa bagi menjawab setiap soalan.
  6. Lakarkan jawapan dengan menggunakan teknik peta minda dan pastikan dapat memenuhi kehendak soalan.
  7. Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberi perhatian pada soalan yang sukar.

Selepas Exam :
  1. Elakkan daripada membuat ‘post mortem’ bersama-sama dengan rakan selepas waktu peperiksaan.
  2. Tenangkan fikiran kamu dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan yang lain.
  3. Yakin diri kamu yang anda telah membuat habis baik dalam peperiksaan.
  4. Releks dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang lain.


Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang kiter buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan.
Bertawakkalah kepada Allah, InsyaAllah kiter pasti berjaya..


Buat Renungan bersama...
Memetik kata-kata imam ghazali dalam kitabnya:


" Setiap manusia akan hancur KECUALI mereka yang berilmu, yang berilmu akan hancur kecuali mereka yang beramal, yang beramal akan hancur kecuali mereka yang ikhlas, yang ikhlas pun masih dalam kekhuatiran yang mencengkam kerana ilmu yang dipelajari".


Akhir sekali, renung2 kan dan selamat beramal.
Selamat maju jaya dari keluarga STUFF.
Hingga berjumpa lagi di sem hadapan ya!


P/s : Kepada ahli-ahli STUFF yang mengambil short semester, teruskan bersama kami kerana banyak program2 sekolah menanti kamu. InsyAllah, kiter akan berjumpe nati...Gudluck & Keep In Touch!


~Ilmu Tanpa Amal Ibarat Pohon Tidak Berbuah~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEM JATI DIRI: MEMBENTUK SAHSIAH DAN MINDA POSITIF SK SERI MACHAP

KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020

PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA