Welcome to STUFF's Family
Salam, selamat datang ke blog Student Facilitating Front (STUFF) atau dalam erti bahasanya Barisan Fasilitator Mahasiswa. Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada ahli-ahli yang selama ini menyokong kami. Dengan kewujudan blog nie diharapkan agar dapat menjadi medium komunikasi antara kita. Sedikit pengenalan tentang penubuhan persatuan ini kepada ahli-ahli baru ialah, Student Facilitating Fronts, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini adalah merupakan sebuah persatuan yang berteraskan pemudah cara dan motivasi. persatuan ini ditubuhkan pada awal tahun 2001 dan dipengerusikan oleh abang Syed Jo.
Sehingga kini, pelbagai program telah berjaya kami anjurkan samada diperingkat universiti mahupun luar universiti. Antara program-program tersebut ialah Program Kecemerlangan Sri Ampang dan Program Sekolah Menengah Teknik Setapak. Selain daripada itu, kami juga berjaya melaksanakan program-program dalaman seperti, Sport Day, Anual Grand Dinner dan Family Day & Facilitating Skill Training Program (FAMSTRAP). Program-program bermanfaat seperti ini dapat melatih ahli-ahli kami agar menhadapai cabaran globalisasi mendatang disamping dapat berhibur. Diharap, pada masa akan datang, kami dapat menyediakan program-program yang lebih berkualiti dan berguna kepada ahli-ahli STUFF.

Diantara objektif-objektif persatuan ini yang hendak kami capai ialah:
- Bekerjasama dengan pihak universiti dalam menentukan hala tuju persatuan selain menitikberatkan nilai-nilai agama dan moral yang tinggi.
- Memberi peluang kepada mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkomunikasi dengan pihak universiti dan pihak lain seperti badan-badan pendidikan.
- Mengeratkan silaturrahim dikalangan mahasiswa dan pelajar.
- Mewujudkan ciri-ciri manusia yang berkebolehan, berdisplin dan berketrampilan tinggi.
- Menyediakan latihan-latihan kefasilitatoran kepada ahli-ahli persatuan agar lebih berilmu dan lebih bersedia dalam mendidik anak-anak bangsa.
- Membentuk nilai-nilai sahsian didalam diri ahli persatuan berlandaskan ajaran islam.
- Memperkukuhkan lagi nilai motivasi didalam diri mahasiswa dan pelajar.
~Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Berbuah~
salam...
BalasPadami still new here...
nice to meet u all stuffians...
heheheh
speaking plak...
x leh blah...
hehehehe
ok pa pun nice work president cntik gla layout nie...
mcm nk buat jd layout frendster pun da...
hahahhaha
pa pun gambatte...
n chaiyo...