Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Welcome to the family!

Imej
Assalamualaikum wtb… Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... 13 Disember 2010 bersamaan 7 Muharam 1432 H bermula semester kedua UIAM bagi sesi 2010/2011. Dengan bermulanya tahun baru, kami ( stuffians ) ingin menawarkan kepada pelajar-pelajar UIAM yang berminat untuk menjadi salah seorang daripada keluarga kami. Sehubungan dengan itu, kami akan membuka Open Booth for New Member’s Registration, butir-butir mengenai booth adalah seperti di bawah: Tarikh         : 20 hingga 24 Disember 2010 Tempat       : ITD Foyer Masa           : 8.30am hingga 5pm Kepada calon-calon yang terpilih, kami akan mengadakan sesi temuduga pada 22 hingga 23 Disember 2010 (8.30pm-11pm) dan ianya bakal dimaklumkan melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS). Perhatian kepada semua warga stuffians, anda diwajibkan untuk memperbaharui keahlian ( renew membership ) bagi membuktikan komitmen kalian kepada keluarga STUFF , kerjasama anda amat kami hargai. Sekian, h

Apa ada pada Hijrah?

Imej
Hijrah Menyeru Umat Bersatu Padu  Oleh: Wan Mohd Zuhairi Wan Abdullah Panel Penulis JAKIM Hijrah berasal daripada kalimah Arab yang memberi makna berpindah dari satu daerah ke satu daerah lain. Hijrah boleh ditafsirkan sebagai satu perubahan lokasi secara zahir dari titik A menuju ke titik B. ia juga boleh menjelaskan perpindahan bersifat kejiwaan, rohani atau apa-apa jua situasi yang lebih abstrak daripada itu. Apa yang penting, unsur yang perlu ada dalam amalan berhijrah ialah berlakunya perubahan kedudukan berbanding dengan tempat atau keadaannya yang asal sama ada secara ruhi ataupun jasadi. Bagi masyarakat kita, perkataan hijrah telah sebati dan diterima pakai dengan pengertian yang mendalam oleh segenap lapisan masyarakat.

Selamat Tahun Baru 1432H...!

Imej
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Assalamualaikum wtb... Alhamdulillah, dengan izinNya kita sudahpun melangkah ke tahun baru. Moga peluang melangkah ke tahun baru dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Moga dapat memperhebatkan lagi matlamat perjuang seorang Islam, insyAllah.

Ta'ziah

Assalamualaikum wtb… Bismillahi rahmani rahiim… Ayah kepada Razi Ihsan Mad Rashid, Mad Rashid bin Mohd telah kembali ke rahmatulLAH pada 21 November 2010 bersamaan dengan 14 Zulhijjah 1431 hijrah, pada pukul 5.15 petang. Mohon disedekahkan al-Fatihah kepada allahyarham. Al-Fatihah… Moga allahyarham ditempatkan bersama para solihiin.  Ameen ya Robb... "Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang apabila sampai ajalnya." ( Al-Munafikun ayat 11) "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati..." (Ali Imran 185) ALLAHu’lam, wassalam…   ~Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Berbuah~

Salam Aidiladha!!!

Kemenangan, Kejayaan Dan Pengorbanan Hari ini kita sebagai ummat Islam bersama-sama dengan saudara-saudara  kita yang sedang menunaikan ibadah haji menyambut Hari Raya Korban, dengan menunaikan syiarnya seperti bertakbir, bersembahyang dan menyembelih korban sebagai bukti melahirkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t, di samping memperingati sunah nabi Ibrahim Khalilul Allah dan keluarganya. Mereka telah melakukan pengorbanan demi menjunjung tinggi perintah Allah s.w.t, pengorbanan menjadi ujian kepada ummat manusia sejauhmanakah mereka itu beriman dan mengabdikan diri kepada Allah yang menjadikannya, yang memberi rezeki dan segala kurniaan yang tidak terhingga kepadanya. Sebagaimana Firman Allah : "Mengapa kamu kufur dengan Allah, pada hal kamu dahulunya mati (tiada),  lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan, kemudian dihidupkan kembali, kemudian kamu dikembalikan kepada-Nya." ( Surah al-Baqarah : 28 ) Ummat Islam merayakan Aidil Adha sebagai tanda

Final Datang Lagi ^_^

Bismillahi rahmani rahim... 30 Oktober 2010 bermula final exam, mungkin ada yang lagi awal. Jom release tension bermula dengan hati...maat taufiq wannajah!!! 5 PENAWAR HATI Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5 : 1) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya 2) Mengosongkan perut 3) Bangun bersolat malam (qiam) 4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur 5) Duduk di majlis orang-orang soleh.

Raya Celebration

Imej
Assalamualaikum wtb… Alhamdulillah, segala puji bagi DIA yang melancarkan pergerakan program Raya Celebration pada 7 Oktober 2010 bertempat d i Colleseum Engineering . Dibawah pimpinan cik Humaira   aka cik iera  dan dibantu oleh Nooramin  aka amin mantop bersama-sama dengan krew-krew yang penuh komitmen dan berhati waja..ok itu ayat puji dengan ikhlas yea,,jangan muntah..haha  Tahniah buat semua yang terlibat dan berpenat lelah dalam memberikan yang terbaik. untuk program ini. Raya Celebration ni 1st program yang dianjurkan dalam sejarah Kelab Stuff.insyaALLAH akan ada program seumpama ini di masa yang akan datang, Jutaan terima kasih buat semua yang membantu secara langsung juga tidak dan buat semua yang hadir. Moga ukhuwwah yang erat ini diredhai. Ameen.Jom kita terjah gambar-gambar yang terpilih.. cantik2 la kan..cantik baju raya la kan..hehe  HOoray!!kami committees Raya Celeberation..

Evo-STUFF STABAZ 2010/2011 ^_^

Imej
Assalamualaikum WTB… Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kepadaNya kerana mengizinkan satu lagi program berjalan dengan jayanya iaitu Evo- STUFF STABAZ. Dibawah pimpinan saudara Balqini, dibantu saudari Nabihah dan semua krew-krew yang cukup komited. Program ini melibatkan kerjasama antara dua biro iaitu RND dan EED. Untuk makluman, buat pertama kalinya dalam sejarah STUFF , kami menganjurkan program seperti ini. Dengan bermatlamatkan untuk merapatkan lagi ukhuwah yang sedia erat terjalin, alhamdulillah matlamat itu berjaya dicapai. Objektif program tidak tertumpu kepada keuntungan, namun tidak juga untuk mengalami kerugian.  

Grand Iftar ^-^

Imej
Assalamualaikum wtb... Syukur kepada Ilahi kerana mengizinkan Grand Iftar STUFF berjalan dengan jayanya. Jutaan tahniah buat semua yang menjayakannya. Grand Iftar berlansung pada 26 Ogos yang lepas, pada pukul 6.30 petang. Dimulai dengan ayat suci Al- Quran (tadarus Quran beramai-ramai), kemudian berbuka puasa. Setelah menjamu kurma & air, semua stuffians yang hadir menunaikan sembahyang Magrib berjemaah bersama dengan Kelab Titian Wahyu. Setelah itu, dihidangkan dengan Nasi Beriani, buah-buahan dan sebagainya. Tidak hanya berakhir disitu, stuffians menunaikan solat Isya' berjemaah & tarawih di EDU LR6 & 7. Kemudian, ukhuwah itu dieratkan lagi dengan mass game kotak beracun dan bersurai. 

PROGRAM TAUTAN KASIH

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani Assalamualaikum w.t.b... Sekarang dah masuk Ramadhan, macam mana puasa? Moga segala ibadah (puasa, terawih, qiam, bacaan Quran dan sebagainya) diterima...amiin... Alhamdulillah, sebelum kita bertemu dengan Ramadhan, STUFF diberi peluang untuk berkunjung ke Melaka, iaitu di Sekolah Kebangsaan Parit Melana. Pada 6 hingga 8 Ogos 2010 program ini berlangsung. Tepat jam 9 malam, seramai 38 ahli STUFF bertolak daripada (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) UIAM ke Melaka dan tiba disana sekitar pukul 1 pagi. Peserta yang terlibat seramai 80 orang daripada Sekolah Kebangsaan Parit Melana. Untuk makluman, sekolah ini telahpun datang berkampung di UIAM, dan kini kami pula ke sana. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan cukup menarik, antaranya trip ke Kampung Panchor. Disitu, stuffians diberi kesempatan untuk merasa kuih raya, bahulu panas dan mee Jawa. Kemudian, jalan lagi ke Kolam Ikan Keli dan Ikan Talapia. Tak cukup dengan itu, k

Marhaban Ya Ramadhan STUFFIANS

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani... Salam kepada semua STUFFIANS seperti yang kita tau esok kita akan menjalani ibadah Puasa selama sebulan. sudahkan anda semua bersedia untuk mengahadapi bulan yang penuh berkat ini..saya pasti anda semua tidak sabar untuk beraya eh nak berpuasa...seperti yang kita tau puasa ini adalah medan latihan untuk kita melatih jiwa rohani, soul dan iman kita. berpuasa bukan setakat berpuasa dengan tidak makan dan minum pada waktu siang tetapi berpuasa mata, mulut dan semua perbuatan yang boleh membatalkan puasa.

Famstrap 2010!!!

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani... Alhamdulillah, sekali lagi kami diberi ruang dan peluang untuk menjayakan aktiviti terbesar STUFF iaitu Family Day and Facilitaing Skill Training Program (FAMSTRAP). FAMSTRAP kali ini berlansung pada 30 hingga 1 Ogos 2010 betempat di UIAM dan Kem Raudhah. Segalanya berjalan dengan suasana santai. Terima kasih pada yang menjayakan, kalian dekat dihati kami. Moga ukhuwah kita selamanya dihati.  Peserta...dan penceramah... Khuyu' mendengar...

Kem Kecemerlangan Cahaya Iman, SMK Subang Jaya

Imej
Assalamualaikum... Pada 23 hingga 25 Julai 2010, berlansungnya satu lagi program di samping Program Qiamulail di Teluk Gong, iaitu Kem Kecemerlangan Cahaya Iman SMK Subang Jaya. Program ini tertumpu kepada tiga perkara utama, iaitu iman, kerjaya dan motivasi bagi pelajar-pelajar. Peserta yang terlibat daripada tingkatan 5 dan 4. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti mana yang dirancang. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang menjayakan program berkenaan. Moga para peserta mendapat sesuatu dari program ini. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu kerana kelemahan kami sendiri.  Tiba di UIAM, tangga besar...  Aerobik sama-sama...

Gathering 4 New Members Yang Gempak...!

Imej
Bismillahi rahmani rahiim... Syukur ke hadrat Ilahi mass gathering berjalan dengan jayanya...tahniah semua!, alfun mabruk!...  Brothers, semestinya stuffians...  Abang Black...syukron =)  Sisters (stuffians)...

Wajah-Wajah Temuduga 2010/2011

Imej
Assalamualaikum wtb... Alhamdulillah... Pertama sekali, maaf diatas kelewatan meng update blog ni. Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung juga tidak. Tak nak mengarang banyak-banyak kali ni. Tengok gambar kat bawah ye, betapa meriahnya sesi temuduga. Gambar kat bawah boleh menerangkan segala-galanya. Waiting room... Room 2...abang Yasir, kak Wawa, kak Nad... P enemuduga...

Program Qiamullail S.A.R Integrasi Telok Gong

Imej
Salam 1Malaysia, sudah lama blog ni tidak berupdate...mungkin kerana masing-masing busy dengan aktiviti yang berlambak yang STUFF anjurkan sampai blog ini tidak sapa-sapa yang updated blog nie.. Yang sebenarnya ahli STUFF baru je menghabeskan masa mereka dengan 3 program iaitu Kem Cahaya Iman, Program Qiamullail dan FARMSTRAP..so masing-masing kepenatan dan tiada sapa yang nak updated blog nie.. Tapi pada hari ni saya ingin mengupdate sedikit tentang Program Qiamullail yang diadakan di Sekolah Agama Rendah Integrasi Al-Mumtaz Telok Gong di Klang, Selangor. program nie telah diadakan pada 24 - 25 Julai 2010 bersamaan dengan hari sabtu hingga ahad..Program Manager bagi program nie ialah Bro. Andy Sahlam Sahartang.. Nature program ini adalah ingin menyedarkan para pelajar sekolah itu kerana mereka amat nakal dan malas untuk belajar sedangkan peperiksaan UPSR tggal sebulan sahaja lagi...jadi cikgu-cikgu mengambil inisetif untuk mengadakan program Qiamullail dan menjemput STUFF untuk

New Management Board 2009/2010

PRESIDENT Airilhazlie bin Abdullah VICE PRESIDENT 1 Muhammad Yasir bin Samsudin VICE PRESIDENT 2 Nurul Atikah binti Mohd Redzuan TREASURER Nurul Najwa binti Azizan SECRETARY 1 Siti Nur Zahidah binti Muhamad SECRETARY 2 Nurul Humaira binti Kamarulzaman RESEARCH & DOCUMENTATION Nadratunnaim binti Hj. Hasan Ahmad Balqini bin Idrus WELFARE Muhammad Syahman bin Ismail Andy Sahlam bin Sahartang HUMAN RESOURCE & DEVELOPMENT Nadzirah binti Kepol Mohd Al-Sidique bin Zainuddin INFORMATION & PUBLICATION Fariha binti Mohd Harith Nur Naaimatu Azkiyai bini Abdullah SPORTS &RECREATION Norrul Hadi bin Shafri Azzahara binti Aziz ENTREPRENEUR & ECONOMICAL DEVELOPMENT Ahmad Fauzi bin Kamarudin Nurshafeeqah binti Mohd Zin Moga dapat bekerjasama dengan lebih efektif dan efisyen dan dalam rahmat Allah selalu. ALLAHu'alam, wassalam... ~ Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Ber buah ~

Program Gathering For New Members 2010/2011

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum wtb… Setelah berlangsungnya booth dan sesi temuduga, mass gathering adalah satu kemestian bagi mengeratkan lagi silaturahim antara ahli lama (old member) dan ahli baru (new member) dalam setiap kelab. Dengan ini, Human Resource Development (HRD) diberi tanggungjawab untuk mengendalikan mass gathering seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Diketuai oleh saudari Nadzirah dan dibantu oleh saudara Sidique, bersama dengan committee yang lain. Semua ahli dijemput hadir, sama ada ahli baru, lama dan alumni. Kita serupa, iaitu dengan kata lain, kita satu keluarga. Kehadiran anda amat kami hargai. Butir-butir program adalah seperti berikut: · Tarikh : 26 Julai 2010 (Isnin) · Tempat : Colloseum, Kuliyyah of Engineering · Masa : 8pm-11pm Banyak aktiviti-aktiviti yang menarik kami sajikan. Moga ukhuwah kita kekal selamanya, amiin. ALLAHu’alam, wassalam. ~ Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tid

Booth For New Member's Regstration 2010/2011

Assalamualaikum wtb… Welcome home everyone! Syukur pada Allah s.w.t kerana memberi STUFF peluang sekali lagi untuk memperhebatkan usaha dalam mencari fasilitator yang berbakat besar. Apabila semester baru bermula, makanya dituruti dengan perancangan baru. Segalanya baru, dan diberi nafas baru, agar STUFF dalam redhaNya selalu dan moga murkaNya berlalu. Dengan ini STUFF tampil lagi dengan program baru. Semestinya langkahan pertama tertumpu kepada mencungkil bakat-bakat baru. Moga kami dipermudahkanlah lagi dalam usaha itu. STUFF dibawah biro Information and Publication (IP) dan dibawah pimpinan saudari Fariha, telah diberi satu lagi amanah untuk mempromosikan booth sekaligus menjalankan sesi temuduga untuk mencari bakat-bakat baru. Maklumat tentang booth adalah seperti berikut: · Tarikh : 19-21 Julai 2010 · Tempat : HS cafe stall (promotion number 2) · Masa : 9am-6pm Semua ahli-ahli STUFF , dan tidak s

Upcoming event 2010/2011

Booth 19-23 Julai 2010 PM: Fariha binti Mohd Harith APM: Nur Naaimatu Azkiyai Abdullah Kem Kecemerlangan Cahaya Iman, SMK Subang Jaya 23-25 Julai 2010 PM: Ahmad Fauzi bin Kamarudin APM: Nadzirah binti Kepol Program Motivasi SRA Telok Gong 24-25 Julai 2010 PM: Andy Sahlam Sahartang APM: Muhammad Syahman Ismail Mass Gathering 26 Julai 2010 PM: Nadzirah binti Kepol APM: Mohamed Al-Sidique bin Zainuddin Family Day and Facilitating Skill Training Program (FARMSTRAP) 30,31 Julai-1 Ogos 2010 PM: Nurul Najwa binti Azizan APM: Airilhazlie bin Abdullah SK PARIT MELANA 7-8 Ogos 2010 PM: Muhammad Yasir bin Samsudin IFTAR & SOLAT HAJAT 26 Ogos 2010 ANNUAL GENERAL MEETING & HARI RAYA CELEBRATION (AGM) 5 Oktober 2010 PM: Nurul Humaira binti Kamarulzaman CONVEST 30 Oktober 2010 PM: Ahmad Balqini bin Idrus *Jika berlaku sebarang perubahan, ianya akan dimaklumkan... ~ Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Ber buah ~

Pertandingan Bowling Persahabatan 2010

Imej
Assalamualaikum wtb… Alfun mabruk alaik! Alhamdulillah, pada 12 Jun 2010 (Sabtu), bertempat di Wangsa Walk Mall, STUFF dengan kerjasama Aman Studio berjaya melaksanakan satu program yang tidak tertumpu kepada facilitating skill iaitu Pertandingan Bowling Persahabatan 2010. Program ini lebih tertumpu kepada mengeratkan ukhuwah sesama ahli STUFF juga semua yang terlibat. Plak untuk tempat pertama Kenangan bersama krew dan peserta Walaupun cukup banyak halangan, kami berjaya mengatasinya. Sebanyak 7 pasukan yang terlibat, 3 pasukan daripada dalam universiti dan selebihnya dijemput daripada luar. Frenz United muncul sebagai juara, pasukan kita (stuffians) berjaya mendapat hadiah saguhati. Setinggi-tinggi tahniah buat semua yang sudi meluangkan sedikit masa dan tenaga untuk menjayakan program ini sama ada secara langsung juga tidak. Buat komiti, jasa kalian cukup bermakna. Moga dapat bekerjasama lagi. Jumpa lagi semester depan, insyAllah dengan program-program yang lebih mena

Man Jadda Wajada

Imej
Bismillahirrahmanirrahim... 14 Jun hingga 20 Jun 2010, semua warga UIAM termasuklah stuffians akan menempuh peperiksaan akhir (final exam) untuk semester pendek (short sem). Jom rehatkan minda sekejap, sekadar menghilangkan tekanan belajar... Apabila bermula semester baru selepas seminggu masuk minggu yg kedua sebelum pekse pertengahan semester semasa pekse pertengahan semester selepas pekse pertengahan semester sebelum pekse ujung semester Apabila jadual peperiksaan di edarkan seminggu sebelum pekse ujung semester 6 hari sebelum pekse ujung semester 5 hari sebelum pekse ujung semester 4 hari sebelum pekse ujung semester 3 hari sebelum pekse ujung semester 2 hari sebelum pekse ujung semester 1 hari sebelum pekse ujung semester malam sebelum pekse ujung semester 1 jam sebelum pekse ujung semester waktu semasa menjawab soalan sewaktu keluar dr dewan peperiksaan selepas tamat peperiksaan dan tibanya cuti semester all the best! sumber: Halaqah.net ~ Ilmu Tanpa Amal Umpama P

Istiqamah...

“Aku tahu aku silap, ingat Dia hanya saat aku susah…” “Saat aku senang, hanya sedikit aku peruntukkan masaku buat Dia, padahal kerana sayang dan kasihNyalah aku senang begitu…” “Aku tahu, dan aku belajar…namun aku masih lalai lagi…” “Tika ada yang menegur, aku memilih untuk membutakan hati walau aku tahu apa yang bakal aku terima di sana…”

Kem Kempimpinan Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah

Imej
Bismillahi rahmanirrahim…Mabruk!!! Syukur dipanjatkan kepada Pemilik Alam kerana membenarkan perancangan kami berjalan lancar. 9 Mei 2010, sehari selepas program Kem Waja Bestari, sekali lagi STUFF dijemput untuk mengendalikan Kem Kepimpinan Pengawas di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah.PM untuk program ini adalah Bro.Syahman,APM adalah Sis Iera .  

Kem Waja Bestari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail Jaya

Imej
Assalamualaikum w.t.b… Bismillah wa syukurillah...Tahniah… Alhamdulillah, segala pujian hanya layak buat DIA, pentadbir segala perkara, yang mengizinkan program Kem Waja Bestari berjalan dengan lancar. Pada 8 Mei 2010 (Sabtu), kami berjaya bertolak seawal 6.45 pagi ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail Jaya (TTDI Jaya). Seramai 200 peserta daripada tingkatan 1 dan 2 menyertai kem sehari tersebut. Segala kesulitan berjaya diharungi. Jutaan terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan kem tersebut, setiap titis peluh yang dihulur, sangat bermakna buat kami, moga Allah membalasnya…amiin…