Ketika diri masih mencari kelengkapan untuk mendaki gunung yang tinggi. Yang mana diri kurang kekuatan mental dan fizikal tetapi dek kerana azam yang menjulang, diri terus mengagahi semangat untuk terus mendaki. Ketika diri seorang diri mendaki, berpenat mencari kekuatan diri, hadir yang datang membantu. Dinasihati dan disuntik semangat agar diri lebih berani, takkala diri hampir mati. Ditolong seperti diri anaknya sendiri. Tanpa sebarang bayaran istimewa dari diri. Hanya berbekalkan ikhlas di hati, yang menolong, terus menolong diri. Namun, diri tersilap menjejaki langkah. Diikutkan dengan amarah sendiri. Diri telahpun berubah. Ketika diri telahpun sampai ke puncak, diri menolak yang menolongnya. Tersungkurlah yang menolong diri tadi ke tanahnya bumi. Kini diri sendiri di puncak, sunyi tanpa pegangan dan sokongan yang menolong. Diri mengenangkan tingkah lakunya terhadap yang ditolong. Diri teringat kembali saat senyumnya berjaya diukirkan kembali oleh yang ditolong. Diri gembira sewa...