Catatan

Educational Trip To Beijing

Pada 5 hingga 11 Mei akan berlangsungnya satu program “Educational Trip to Beijing” anjuran S-DEV (Student Development). Setiap persatuan atau society akan menghantar seorang wakil selepas ditemuduga. STUFF juga tak terlepas, kita diwakili oleh dua orang sister iaitu: Nurul Atikah Mohd Redzuan Nurul Najwa Azizan Kami, warga stuffians mengucapkan tahniah buat sister Atikah dan sister Najwa dan bangga dengan pemilihan tersebut. Moga selamat pergi dan balik, amiin... ALLAHu’alam... ~ Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Berbuah ~

Jangan jadi macam ni ..

Ketika diri masih mencari kelengkapan untuk mendaki gunung yang tinggi. Yang mana diri kurang kekuatan mental dan fizikal tetapi dek kerana azam yang menjulang, diri terus mengagahi semangat untuk terus mendaki. Ketika diri seorang diri mendaki, berpenat mencari kekuatan diri, hadir yang datang membantu. Dinasihati dan disuntik semangat agar diri lebih berani, takkala diri hampir mati. Ditolong seperti diri anaknya sendiri. Tanpa sebarang bayaran istimewa dari diri. Hanya berbekalkan ikhlas di hati, yang menolong, terus menolong diri. Namun, diri tersilap menjejaki langkah. Diikutkan dengan amarah sendiri. Diri telahpun berubah. Ketika diri telahpun sampai ke puncak, diri menolak yang menolongnya. Tersungkurlah yang menolong diri tadi ke tanahnya bumi. Kini diri sendiri di puncak, sunyi tanpa pegangan dan sokongan yang menolong. Diri mengenangkan tingkah lakunya terhadap yang ditolong. Diri teringat kembali saat senyumnya berjaya diukirkan kembali oleh yang ditolong. Diri gembira sewa...

Kem Kecermelangan UPSR 2010 Sekolah Kebangsaan Parit Melana

Imej
dalam kenangan...syukron kathir semua!!! Bismillahirrahmanirrahim…Mabruk alaik!!! Moga dalam rahmatNya selalu. Pertama sekali, sepuluh jari disusun sebabnya lambat update, maaf ye semua... daftar dulu... Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya “Kem Kecemerlangan UPSR 2010” telah berjaya dilaksanakan. Dianjurkan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Parit Melana (SKPM), Melaka dengan kerjasama Student Facilitating Front (STUFF) , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 6 hingga 7 Mac 2010 bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Peserta program terdiri daripada murid tahun 6 dan 5 (seramai 80 orang), serta diiringi oleh 9 orang guru. Salah seorang guru pengiring iaitu saudari Hafiz merupakan warga STUFF satu ketika dahulu yang kini berkhidmat di SKPM. Seramai 23 orang ahli STUFF dari pelbagai kuliyyah menyumbang tenaga dalam menjayakan program ini. Diketuai oleh saudara Sideque sebagai pengarah program dan saudari Fariha sebagai penolong pe...

Upcoming Events

KEM WAJA BESTARI SMK Taman Tun Dr. Ismail Jaya, Shah Alam 8 Mei 2010 PM: Ahmad Balqini Idrus APM : Nur Naaimatu Azkiyai Abdullah KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SMK Pulau Indah, Klang 9 Mei 2010 PM : Muhammad Syahman Ismail APM : Nurul Humaira Kamarulzaman ~ Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Berbuah ~

Final Exam !

Imej
Exam oh Exam... Assalammulaikum W.b.t... Alhamdulillah, saya berkesempatan men"updatekan blog ni"...buat sekian kalinya..tak tau pula bila berpeluang lagi... Seperti kiter sedia maklum, mggu nie merupakan mggu exam bagi sesi semester 2 2009/2010. Jadi, saya mewakili management board STUFF , ingin mengucapkan selamat berjaya kepada stuffians sumer... Pertama sekali, kami ingin memohon maaf sekiranya ade melakukan kesalahan seperti menyakitkan hati, terkasar bahasa dan memungkiri janji... Walaupun kiter tak sempat berjumpa dipenghujung sem ni, kami akhiri last aktiviti kali ini dengan memohon seribu kemaafan sebelum menghadapi exam... Semoga Allah permudahkan segala urusan kiter semua... Kita merancang dan Allah juga merancang, dan semestinya perancangan Allah adalah yang terbaik... Untuk menjadi yang terbaik....Islam sendiri menyuruh umatnya berusaha dan bertawakkal kepada Allah.. Maka, dalam surah al-Mukminun.. Allah berfirman" Ssungguhnya berjayala...

Selangkah Ke Alam Remaja (SEKAR) SMK Bandar Putra

Imej
Program 'Selangkah Ke Alam Remaja' (SEKAR) telah dijalankan oleh Jawatankuasa Asrama SMK Bandar Putra, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKBP dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Persatuan Bachelor Ekonomi (BECS) dan Student Facilitating Front (STUFF) , Universiti Islam Antarabangsa pada 5 - 7 Mac 2010 di Asrama SMK Bandar Putra. Seramai 230 penghuni asrama terlibat sebagai peserta program berkenaan. Seramai 40 orang mahasiswa UIAM daripada berbagai fakulti terlibat sebagai fasilitator. Menurut Sdr Ariffin bin Abdul Latif yang bertindak sebagai Pengurus Projek SEKAR ini menyatakan bahawa program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penghuni-penghuni asrama sekolah ini berkaitan persediaan dan kesediaan pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Melalui tema "Menghadapi Cabaran Mendepani Impian" pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti ceramah motivasi, aktiviti simulasi kumpulan, sesi perkongsian, permainan, riadah, persembahan kumpulanh dan l...

Budak STUFF Busy..

Imej
Salam semua..budak2 STUFF akan busy hujung minggu ini kerana mereka mempunyai 2 program sekolah untuk dihandle iaitu Program Lawatan Sambil Belajar iaitu Sekolah Kebangsaan Parit Melana dari Melaka pada 5 dan 6 Mac dan Program Selangkah Ke Alam Remaja (SEKAR) di Sekolah Bandar Putra, Kulai Jaya, dari Johor dan program SEKAR ini ada program yang bekerjasama dengan budak dari BECS (Bachelor Of Economic Society) pada 4,5,6 Mac, budak STUFF hanya akan menjadi Fasi dengan beberapa orang budak dari kuliyah ekonomi dan sebahagian besar komitee untuk Program SEKAR nie dari budak BECS..manakala program Lawatan Sambil Belajar yang diadakan di UIAM dikendalikan oleh budak2 STUFF sahaja. Pada semua pembaca2 blog STUFF nie yang tertunggu2 update pasal STUFF Appreciation Night, harap bersabar kerana saya dalam proses menapis dan memilih gambar yang boleh dimasukkan dalam blog nie..kerana untuk pengetahuan semua gambar yang ada di tangan saya ada 200 lebih dah saya ingin memilih gambar yang sepatutn...