PROGRAM TAUTAN KASIH
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani Assalamualaikum w.t.b... Sekarang dah masuk Ramadhan, macam mana puasa? Moga segala ibadah (puasa, terawih, qiam, bacaan Quran dan sebagainya) diterima...amiin... Alhamdulillah, sebelum kita bertemu dengan Ramadhan, STUFF diberi peluang untuk berkunjung ke Melaka, iaitu di Sekolah Kebangsaan Parit Melana. Pada 6 hingga 8 Ogos 2010 program ini berlangsung. Tepat jam 9 malam, seramai 38 ahli STUFF bertolak daripada (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) UIAM ke Melaka dan tiba disana sekitar pukul 1 pagi. Peserta yang terlibat seramai 80 orang daripada Sekolah Kebangsaan Parit Melana. Untuk makluman, sekolah ini telahpun datang berkampung di UIAM, dan kini kami pula ke sana. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan cukup menarik, antaranya trip ke Kampung Panchor. Disitu, stuffians diberi kesempatan untuk merasa kuih raya, bahulu panas dan mee Jawa. Kemudian, jalan lagi ke Kolam Ikan Keli dan Ikan Talapia. Tak cukup dengan itu, k