STUFF TALKATHON: “HOW DO CLUBS IN UNIVERSITY HELP YOUR FUTURE CAREER?”
STUFF TALKATHON Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang, Pada tanggal 25 Ogos 2021 yang lalu, kelab Student Facilitating Front (STUFF) telah mengadakan satu program bual bicara bersama Alumni STUFF buat julung kalinya yang diberi nama STUFF Talkathon. Program ini adalah antara salah satu program yang telah dijalankan semasa shortsem sempena menyambut ulang tahun STUFF yang ke-20 tahun. Bagi program Talkathon kali ini kami telah membincangkan soalan hangat dalam kalangan pelajar sendiri sebagai topik utama iaitu macam mana penglibatan kelab-kelab di universiti ini dapat membantu kerjaya masa akan datang? Selain itu, tujuan utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan dan kebaikan penglibatan kelab untuk kerjaya masa depan mereka. Oleh kerana kita masih di fasa pandemik Covid-19, STUFF Talkathon ini telah diadakan secara atas talian dengan menggunakan platform YouTube STUFF IIUM. Walaupun diadakan secara maya, program in