Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2021

STUFF VIRTUAL MASS GATHERING SEMESTER 2 2020/2021

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,      Pada tanggal 13 Mac 2021, telah berlangsungnya sebuah program atau acara tahunan iaitu STUFF Mass Gathering yang dianjurkan oleh Kelab Students Facilitating Front (STUFF), IIUM. Program ini diadakan pada setiap tahun yang bertujuan untuk memperkenalkan Kelab STUFF kepada ahli-ahli baharu serta bertujuan untuk merapatkan ukhwah antara semua ahli STUFF dan ahli-ahli biro. Sejajar dengan kehidupan kita pada musim pandemik ini, Mass Gathering pada tahun ini terpaksa diadakan secara atas talian. Walaupun jarak dan masa memisahkan kita, namun ianya bukanlah penghalang untuk program ini dijalankan dengan jayanya. Program pada kali ini telah dihadiri oleh ahli STUFF serta barisan Kepimpinan STUFF 2020/2021, tidak terkecuali ahli-ahli lama jug turut serta. Mass Gathering pada tahun ini bertemakan animasi HAIKYUU! Dimana semua peserta perlu berkumpul di gelanggang bola tampar Sekolah Menengah Karasuno (ZOOM Meeting) . Bagi menepati te

STUFF VIRTUAL BOOTH SEMESTER 2 2020/2021

Imej
  9 th March 2021 – 11 th March 2021 Pada 9 March 2021, STUFF IIUM telah membuka tirai dengan program utama iaitu STUFF Recruitment Day atau disebut juga sebagai Booth STUFF. Program ini diadakan setiap awal semester bertujuan untuk menarik pelajar - pelajar baharu menyertai kelab STUFF IIUM dan juga memberikan penerangan tentang apa itu STUFF IIUM. Apa yang istimewa program kali ini adalah kita mengadakan booth ini secara virtual.               Program yang berlangsung selama 3 hari ini dilakukan secara maya berikutan dengan gejala COVID-19. Pihak komiti mengambil masa untuk mempromosikan kelab STUFF IIUM dengan menyebarkan poster ke dalam kumpulan di mana mana media sosial. Meskipun begitu ,Alhamdulillah, program ini disambut dengan baik dan amat menggalakkan dengan jumlah ahli baharu yang diperoleh seramai 37 orang.               Akhir kata, sekalung tahniah dan penghargaan diberikan kepada barisan komiti yang telah memberikan masa mereka untuk menjayakan program ini. Di h

STUFF VIRTUAL EXHIBITION SEMESTER 2, 2020/2021

Imej
     Virtual Club and Societies Exhibition merupakan satu inisiatif yang dilakukan oleh Student Affairs and Development (STADD) UIAM sebagai platform bagi pelajar pengambilan baru untuk mendaftar ke kelab yang mereka minati secara online. Ia juga membantu pertubuhan-pertubuhan atau kelab-kelab di bawah STADD UIAM untuk merekrut ahli baru bukan sahaja daripada kalangan pelajar baru, tetapi juga dari para pelajar UIAM yang lain. Terdapat pameran dari Kulliyyah Based Societies (KBS) yang memenuhi keperluan pelajar dari kulliyyah masing-masing, badan beruniform, kelab sukan dan banyak pertubuhan pelajar yang merangkumi kemudahan, bahasa, seni, budaya dan banyak lagi.           STUFF berjaya melangsungkan virtual exhibition (pameran maya) buat kali pertamanya pada 16 Februari 2021 melalui Google Meet. Persiapan untuk pameran ini memakan masa sekitar dua minggu dengan hanya 4 komiti yang terdiri daripada barisan jawatankuasa STUFF, untuk mengendalikan pameran ini. Oleh kerana ia diadakan pad

ONLINE ANNUAL GENERAL MEETING (AGM 2020)

Imej
  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang,               Pada tarikh 15 November 2020 (Ahad), kelab Student Facilitating Front (STUFF) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan secara online bagi tahun 2020 dengan menggunakan platform di atas talian iaitu aplikasi Google Meet dan juga bersiaran langsung di Facebook Student Facilitating Front IIUM. Majlis ini buat pertama kalinya diadakan secara di atas talian berikutan faktor pandemik Covid-19 yang melanda negara kita. Walaupun terpaksa dikendalikan secara online, majlis ini masih mendapat sambutan yang hangat dan meriah oleh ahli-ahli STUFF yang tidak pernah jemu menyokong STUFF sejak dari dulu lagi. Majlis ini telah dihadiri oleh hampir kesemua ahli, alumni dan penasihat STUFF. Objektif utama adalah pembubaran ahli jawatankuasa tertinggi dan pengurusan STUFF 2019/2020, sekali gus mengumumkan pelantikan barisan kepimpinan yang baharu. Untuk makluman, majlis ini telah dijalankan seawal jam 2:30 petang yang dimula