Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

Famstrap 2017

Imej
Assalamualaikum dan hai semua! Bertemu kita lagi dalam kisah kali ini. Jauh dari sudut hati saya yang paling dalam mengharapkan agar kalian semua sentiasa di bawah lembayung rahmat daripada-NYA. Okay, sebelum ini, kita sudah melalui sesi pendaftaran ahli baru, dengan membuka booth di ITD Foyer, kemudian, kita sudah pun selesai dengan Mass Gathering bersama ahli-ahli STUFF. Kali ini, kita akan teruskan pula ke program yang seterusnya iaitu....FAMSTRAP!! FAMSTRAP, merupakan singkatan kepada Family Day and Facilitating Skills Training Program. Tahun lepas, kita adakan FAMSTRAP sebanyak dua kali. Tapi tahun ni, hanya sekali sahaja. Kata orang, peluang sekali seumur hidup. FAMSTRAP merupakan kem yang bertujuan untuk melatih skill fasilitator supaya para peserta dapat membina dan mencipta modul mereka sendiri, dapat bekerja walaupun dengan tekanan dan juga dapat bercakap di khalayak ramai. FAMSTRAP kali ini bertempat di Kem Latihan & Rekreasi Sg Congkak. Sesiapa yang tak pernah t

Mass Gathering Sem 2, 2016/2017

Imej
Assalamualaikum semuaa! Salam 1001 kasih sayang! Daripada sudut hati, kami mendoakan kalian semua berada dalam genggaman kasih dan rahmat Illahi. Inn syaa Allah. Herm. Okay, nak cerita apa ya kali ni? Ah. Mass Gathering! Mesti korang pun dah familiar dengan perkataan tu sendiri. Mana-mana society dekat UIA, tak akan lepas daripada Mass Gathering sebagai pembuka manis. Cumanya, STUFF membawa keunikannya tersendiri. Kami ada cara dan tradisi dalam menyambut ahli-ahli keluarga yang baharu. Hah! Nak tahu apa dia? Keep scrolling guys! Okay. Mass Gathering kali ni berlangsung pada hari Sabtu, bertarikhkan 11 Februari 2017. Bertempat pula di hati awak. Eh. Okay tak. Bertempat pula di Engineering Colosseum. Oh ya, tema kali ni adalah Social Media yang mana kami percaya hampir semua, paling kurang pun akan ada satu akaun social media. Dan memandangkan STUFF mempunyai 6 jenis biro, maka satu biro memegang satu nama social media.  Contohnya, Group Module memegang nama Instagram dan E