KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020
Objektif : Memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa pentingnya memahami peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin sekolah. Memupuk rasa percaya pada diri sendiri, kebolehan dan keistimewaan diri dalam menempuh cabaran sebagai pengawas dan pemimpin di sekolah. Memupuk sifat kepimpinan yang terdapat di dalam Sirah Nabawiyah ke dalam hati murid-murid. Membentuk semangat, motivasi dan keazaman murid Tahun 6 bagi menghadapi UPSR. Pada tarikh 14 Februari 2020 hingga 16 Februari 2020 , telah berlangsung program sekolah selama 3 hari 2 malam di Sekolah Kebangsaan Parit Melana. Program ini melibatkan seramai 22 orang mahasiswa UIAM yang juga merupakan ahli jawatankuasa tertinggi STUFF sebagai fasilitator kepada 181 orang pelajar. Modul pertama yang ialah ‘TANGKAP JANGAN TAK TANGKAP’ dan modul ini berjalan dalam anggaran masa selama 40 minit dan setiap kumpulan diberikan kertas dan pen untuk setiap peserta dan juga sebiji bola. Peserta diarahkan unt