Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2017

Eid Mubarak! Syawal Dirai, Ramadhan Dirindui.

Imej
Bismillahirrahmanirrahim~ Assalamualaikum, apa khabar semua! Sedar tak sedar, kita sudah memasuki Syawal yang kelima. Terasa pantas sungguh masa berlalu pada tahun ini. Macam baru semalam melangkah ke masjid untuk sama2 menunaikan solat terawih pada malam pertama, dan sekarang kita sudah pun memasuki bulan Syawal, bulan yang sinonim dengan meraikan kemenangan serta kejayaan umat Islam yang berjaya menghabiskan sebulan ibadah berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sesi short semester akan bermula tak lama lagi. Ada antara kita yang akan kembali ke UIA untuk short sem, ada pula yang menghabiskan cuti 3 bulan di rumah, dan ada juga yang sedang ber'intern' sekarang. Mungkin ada juga antara sahabat kita yang sudah kembali ke pejabat sekarang, di saat orang lain masih enak beraya. Bak kata orang, raya kan sebulan. Walau di mana pun kita berada, jadikanlah Ramdhan yang lalu sebagai suatu teladan dan semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah. Selamat meraikan Sya

STUFF SPORTS DAY 2017

Imej
Pada tanggal 6/5 2017 yang lalu, STUFF telah berjaya menganjurkan sebuah event yang dikenali sebagai Stuff Sports Day. Hari Sukan ini bertempat di padang Ali dan mengumpulkan seramai kira-kira 130 ahli STUFF sebagai peserta. Seawal jam 8 pagi, peserta mula hadir untuk acara Sports Day ini. Sementara menunggu rakan-rakan yang lain, ahli2 STUFF yang sudah tiba membuat pendaftaran bersama komiti. Mereka diberikan roti, air serta button badge bersempena STUFF Sports Day ini. Barisan komiti STUFF SPORTS DAY 2017 Perbarisan sebelum memulakan sesi memanaskan badan Sesi memanaskan badan #nagamerah #helanghijau #sapphireblue #kuning d'royale sesi persembahan cheers daripada rumah2 sukan acara lari dalam guni yang lemah semangat mohon tutup mata:-) Tiup sampai dapat!! Acara mencari gula2 dalam tepung Apalah agaknya yang cik akak ni tak puas hati ye:) acara sampingan: bermain bola

Program Kepimpinan Asrama SMA Al-Falah, Perak

Imej
Pada tarikh 31 Mac, sehingga 2 April, kelab STUFF telah menghantar beberapa orang ahli bagi menjayakan program kepimpinan asrama di SMA Al-Falah yang bertempat di Perak. Program ini bertujuan untuk melatih semangat kepimpinan dalam diri seorang pelajar, tips-tips yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin yang cemerlang dan juga penerapan nila-nilai Islamik dalam aspek kepimpinan itu. Modul-modul yang dijalankan sepanjang program amat menitikberatkan aspek kepimpinan, tambahan pula peserta daripada SMA Al-Falah yang mengikuti program ini merupakan antara barisan pelajar yang menjadi tunggak pimpinan di sekolah tersebut. Peserta juga turut memberikan kerjasama yang baik dan respons yang memberansangkan dalam setiapa aktiviti, dan program dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah serius yang timbul dan menganggu kelancaran program. Aspek kepimpinan amat penting lebih2 lagi peserta merupakan pelajar sekolah menengah, ciri2 seorang pemimpin yang cemerlang pe

Annual Grand Dinner STUFF 2K17

Imej
Pada tanggal 20 April 2017 yang lalu, Stuff telah menganjurkan sebuah majlis yang julung kalinya diadakan hanya sekali setiap tahun, iaitu, Annual Grand Dinner (AGD) ataupun juga dipanggil Appreciation Night. AGD kali ini agak istimewa, sebab dilangsungkan di Zabedah Hall, IIUM yang terletak di tingkat 3, Kompleks Haji Azman Hashim. Untuk AGD kali ni, bertemakan Arabian Night. Untuk malam tu, memang dapat dilihat ramai Pak Arab serta Mak Arab yang menghadiri AGD pada malam itu. Sebelum memasuki dewan, para komiti sudahpun bersedia untuk pendaftaran ahli2 STUFF dan juga alumni di luar dewan. Mereka mendapat goodies yang disediakan oleh para komiti bersama nombor untuk sesi hadiah cabutan bertuah. Kemudian, majlis dimulakan dengan ucapan daripada advisor STUFF, Madam Ros Aniza, diikuti oleh ucapan daripada presiden STUFF, saudara Abdullah Izzat. Tak lupa juga sedikit ruang yang diberikan untuk ucapan daripada pengurus program (baca: Program Manager), saudari Afinie. Kemuncak mal