Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

Kem Kepimpinan dan Motivasi Kecemerlangan Super Caliph

Imej
Bismillahirrahmanirrahim~ Pada tanggal 10-12 Februari yang lalu, wakil daripada STUFF IIUM telah berjaya melaksanakan Kem Kepimpinan dan Motivasi Kecemerlangan Super Caliph yang bertempat di SK Parit Melana, yang bertempat di Melaka. Program sekolah ini merupakan program sekolah pertama untuk STUFF dalam Semestar 2, 2016/2017 ini. Walaupun baru sahaja di permulaan semester, semangat para fasilitator untuk bertemu dengan adik2 SK Parit Melana sangat berkobar. Kem ini bertujuan untuk melatih skill kepimpinan peserta dan melatih mereka untuk menjadi seorang ketua yang berwawasan serta mempunyai sikap dan personaliti yang dapat memberi contoh kepada pelajar-pelajar yang lain. Sepanjang kem ini, pelajar dididik dengan penerapan gaya kepimpinan menggunakan contoh pemimpin terhebat dalam sirah, Nabi Muhammad S.A.W serta tokoh2 lain yang menunjukkan ciri2 kepimpinan yang patut dicontohi, seperti Sultan Muhammad Al-Fateh. Selain itu, pelbagai modul turut dijalankan bagi melatih para

Kem Smart Solat SRAI Sungai Cincin

Imej
Assalamualaikum w.b.t! Apa khabar semua? Harapnya anda semua sihat2 belaka ye..Kali ni, kami akan berkongsi kisah berkenaan dengan program sekolah pula. Seperti yang kita sedia maklum, STUFF merupakan sebuah kelab yang mendidik para ahlinya untuk menjadi seorang fasilitator. Selain daripada FAMSTRAP dan latihan mingguan (baca= weekly training), kami juga turut berkolaborasi dengan sekolah-sekolah untuk mengadakan program bersama pelajar di sekolah. Target pelajar tidak terhad untuk sesetengah peringkat umur. Bukan sahaja dengan sekolah rendah, kita pun turut mengadakan program bersama pelajar2 sekolah menengah. Untuk entry kali ini, kami akan kongsikan bersama anda kisah dua hari satu malam bersama pelajar-pelajar tahun 5 di SRAI Sg Cincin (SRAISC) dalam Kem Smart Solat yang kami adakan di sekolah tersebut. Kem ini berlangsung selama 2 hari. Bermula pada jam 3 petang, ahli2 STUFF tiba di sekolah SRAISC. Perjalanan cuma mengambil masa 10-15 min sahaja. Kem ini diadakan bertujuan