
STUFF'S SPORT DAY 2013 Assalamua'laikum... Sekali lagi program dalaman STUFF , Sport Day telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Di bawah bimbingan Nur Adlin Hanisah sebagai pengarah projek, program kali ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah besar. Maklumat program adalah seperti berikut: TEMPAT Padang Mahallah Ali TARIKH 10 Mac 2013 MASA 8.00am - 1.00pm Para peserta telah dibahagikan kepada enam kumpulan, masing2 mewakili warna2 unik yang tersendiri. Ada kumpulan kuning, kumpulan merah, kumpulan biru, kumpulan hijau, kumpulan ungu dan kumpulan biru kuning. Untuk mengukuhkan lagi semangat kerjasama antara ahli kumpulan di samping semangat perpaduan, setiap kumpulan mempunyai 'cheer' atau sorakan 'penggempur semangat' yang unggul lagi tersendiri. Sepanjang suku hari program berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan. Antaranya, termasuklah bowling kepala kelapa, semakin...